warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Takutilah Tuhan







Takutilah Tuhan




Takutilah Tuhan

 

Berhati-hatilah bahawa bumi yang engkau pijak Tuhan yang punya

Hendaklah merendah diri dan sedarlah diri

Makanan dan minuman setiap hari yang engkau makan dan minum nikmat

dan pemberian-Nya

Malulah kepada-Nya

Syukurilah Dia!

Setiap pakaian buat menutup badanmu dan perhiasan dirimu anugerah-Nya

Jangan engkau hairankan dirimu!

Setiap ilmu dan maklumat yang memandaikan akalmu kurniaan Tuhan

Jangan pula engkau angkuh dan sombong

Merasa manusia luar biasa

Memandang orang menghina

Ingatlah setiap kekayaan yang engkau miliki

Adalah sedikit daripada kekayaan Tuhan yang diberikan kepadamu

Dia boleh mengambil semula bila-bila masa

Janganlah engkau terpesona dengan kekuasaanmu

Kemudian dengan kuasa melakukan sewenang-wenangnya

Tuhan sedang melihat dan memerhati

Bila-bila Dia boleh bertindak

Engkau akan jatuh terhina dan Akhirat pula Neraka

Ingatlah nyawamu di antara nafas turun naik sahaja!

Bila naik tidak turun, matilah kamu

Jika turun tidak naik lagi, pun matilah kamu

Tapi ini mudah sahaja

Takutilah Tuhan agar di waktu mati di dalam keredhaan-Nya

 

Selepas Asar

3.8.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer