warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sifat Ego







Sifat Ego





Sifat Ego

 

Sifat ego atau sombong adalah sifat iblis laknatullah

Siapa yang ada sifat ini adalah rosak dan merosakkan masyarakat

Daripada sifat ego ini beranak-anak kepada sifat mazmumah yang lebih banyak

Lahirlah kerosakan di dalam kehidupan masyarakat yang lebih banyak

Dari sifat ego lahirlah sifat pemarah

Lebih-lebih lagi jika ada cabaran dan masalah

Kalau dia ada sedikit kuasa di dalam keluarga, di dalam jemaah, di dalam pejabat, negara, menzalim pula terutama berleter dan marah-marah

Tidak boleh ada saingan, hasad dengki pun mencelah

Dia rasa tidak senang dan berusaha saingannya musnah

Jika saingannya mencabarnya dendam kesumat  pun membara

Jadilah bermusuhan berpanjangan hingga akhir hayatnya

Dari sombong juga susah hendak menerima pandangan orang lain,

mudah sahaja hendak menyanggah

Suka bertekak, suka bertikam lidah, suka mujadalah dan berbalah

Pantang ditegur, sensitif jika dinasihat, adakalanya dia menyergah

Marah tidak bertempat, selalu sahaja tegang,  berkawan sangat susah

Jangan ada orang puji orang lain di hadapannya, dia menyampah

Jiwanya menderita kerana ada orang lain dipuji di hadapan matanya

Orang ego payah taat

 

1.7.2004 1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer