warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sajak-3 Kemerdekaan Sejati






Untitled Document



Kemerdekaan Sejati

Kemerdekaan adalah hidup permulaan
pada satu bangsa

Kerana kebebasan baru bermula di tangan mereka
Selepas itu berkewajipan mengisi di dalam negara
Ini bererti perjuangan rakyat mesti diteruskan

Mengisi kemerdekaan bukan setakat
membangunkan material
Sekadar itu semua bangsa boleh bangunkan
Tidak juga sekadar mengusahakan
rakyat menjadi pandai
Hal ini orang Barat boleh jadi model
Mengisi kemerdekaan lebih berat dari itu
Menanamkan kesedaran kepada rakyat
terhadap Tuhan yang Esa Taatkan Allah, mengikut Rasul, cintakan Akhirat
Mengguna seluruh nikmat untuk semuanya itu
Isi lagi kemerdekaan itu setiap waktu
Tanamkan kasih sayang
agar tercetus bersatu padu
Lahirlah hidup harmoni dan bekerjasama
Hidup bersama, tiada kasta-kasta,
bertolong bantu
Berlumba-lumba membuat kebaikan, berkhidmat kepada semua
Kepentingan diri diketepikan
kepentingan agama
dan bangsa diutama
jasa kita lupakan saja
jangan diungkit-ungkit
Hapuskan keungkaran perangilah kezaliman
warabbun ghafur

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer