warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Zaman Serba Moden Dan Maju







Zaman Serba Moden Dan Maju




Zaman Serba Moden Dan Maju

 

Zaman serba moden dan maju ini sepatutnya kita rasa bahagia

Sementelahan pula manusia pun sudah bijak-bijak dan pandai-pandai belaka

Di mana sahaja berada tentulah rasa senang dan tenang aja

Tentulah lebih berakhlak dan berperi kemanusiaan

Ke mana saja kita pergi tidak perlu takut dan bimbang

Maklumlah negara telah maju

Serba-serbi moden kemudahan ada

Takkan manusia rasa takut macam duduk di dalam hutan

Rupanya tidak begitu

Telahan kita meleset belaka

Apa yang berlaku, ramai orang hidup keluh-kesah dan gelisah

Walaupun hidup di dalam negara moden, mewah dan indah

Kita buat contoh di dalam satu aspek aja

Di zaman ini di dalam menjaga anak

Kita di dalam ketakutan dan bimbang aja

Di waktu mereka ke sekolah, ibu bapa di rumah resah gelisah

Takut terlibat dengan dadah

Atau sumbang sesama mereka

Atau kena belasah

Atau kena noda

Di perjalanannya takut dipujuk orang, dibawa ke mana-mana kemudian dirogolnya

Atau berjumpa lelaki perempuan sesama mereka membuat perhubungan cinta pula

Kita simpan aja di rumah tak mungkin juga, boring pula mereka

Sekali-sekala kenalah kita benarkan mereka keluar melihat masyarakatnya

Berehat-rehat dan makan-makan angin untuk menghibur jiwa mereka  

Tapi selamatkah mereka dari melepak-lepak?! Bohsia dan bohjan?

Ejen-ejen mempengaruh mereka di mana-mana ada

Bahkan di mana saja anak-anak kita pergi, kita sentiasa takut dan bimbang

Pergi ke rumah keluarga, macam-macam kita dengar anak-anak kena noda

Berjalan ke rumah jiran pun sama saja

Berlaku macam-macam kejadian yang mendukacitakan

Aduh! Susahnya di zaman ini menjaga anak-anak

Ke mana saja mereka pergi ibu bapa di rumah resah dan gelisah

Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat yang merosakkan di mana-mana saja

Ibu bapa sentiasa tidak tenang memikirkan anak-anaknya

Wahai Tuhan!

Selamatkanlah kami dan keluarga kami daripada fitnah akhir zaman ini

 

Selepas Asar

20.5.97 (12 Muharram 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer