warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Yakin Dan Keyakinan Seseorang







Yakin Dan Keyakinan Seseorang





Yakin Dan Keyakinan Seseorang

 

Yakin satu perkara yang susah menjadi pegangan hati dan perasaan

Atas dasar ilmu mudah percaya, atas dasar jiwa dan perasaan susah hendak menerimanya

Percaya perkara asas, yakin adalah perkara penghayatan dan perasaan

yang tidak ada bimbang senang sahaja menerimanya

Sebagai contoh Tuhan suruh yakin bahawa rezeki di tangan-Nya,

dalam masa yang sama disuruh berusaha

Yakin adalah sebahagian aqidah, berusaha sebahagian daripada syariat

Tuhan memberi bekas, berusaha walaupun diperintah tapi tidak memberi bekas

Bukan senang hendak membuang perasaan rezeki bukan dari usaha tapi dari Tuhan

Kita nampak usaha juga memberi bekas  bukan Tuhan

Syirik khafilah kita kerananya

Cuba lihat susahnya hendak yakin, atas dasar ilmu boleh terima,

atas dasar penghayatan sulit menerimanya

Contoh lagi atas dasar taqwa Tuhan bantu kita 90%, atas dasar usaha yang halal

10% sahaja

Oleh itu rebutlah taqwa untuk dapat pertolongan Tuhan 90%

Usaha 10% hanya sebagai syariat sahaja atau sebagai usaha tidak boleh diabaikan

Bukan senang hendak mengutamakan taqwa memperkecilkan usaha kita

Selalunya hati berkata usahalah yang sebenarnya kejayaan kita bukan taqwa

Usaha lebih besar daripada taqwa

Usaha lebih penting daripada taqwa

Padahal taqwa usaha juga namanya, tapi usaha batin

Taqwa bukan sahaja dipandang kecil tapi ternafi terus daripada perasaan

Sungguh susah hendak yakin mengikut ajaran Tuhan

Contoh lain Tuhan memberi kemenangan dan kejayaan di dalam pejuangan atas dasar taqwa sekalipun tidak ramai

Tapi bagi umat Islam yang berjuang masih berfikir  ramai pengikut

sekalipun tidak ada kualiti

Walaupun sudah terbukti bahawa ramai masih tidak menang dan tidak ada kejayaan, hingga sekarang

Tapi hendak ubah sikap dan keyakinan bahawa biarlah sedikit tapi matang,

Tuhan akan beri kemenangan dan kejayaan hati payah menerimanya

Padahal umat Islam hina di masa ramailah

Jelas sekali kemenangan di tangan pejuang-pejuang yang sedikit tapi bertaqwa,

sejarah telah membuktikan

Walaupun begitu susah hendak yakin di dalam hati

namun logik masih menghantui fikiran

Kita bagi contoh lain untuk lebih meyakinkan

Kecundangnya umat Islam di dalam apa perjuangan adalah kerana dosa

Oleh itu untuk kejayaan dan kemenangan bersihkan dosa dan bertaubat segera

Umat Islam payah mahu menerima konsep ini

Kerana hendak berjaya dan menang tidak fikir dosa bahkan buat dosa

Kalau kita cerdik tahu atas dasar ilmu mungkin umat Islam tidak tolak

Tapi hendak yakin tidak, hati hendak menerima berdolak-dalik sahaja

Jelaslah yakin satu perkara yang susah, sekadar percaya bolehlah

Kalau begitu apa yang berlaku kepada umum umat Islam?

Yang berlaku masih ramai umat Islam yang syirik khafi di dalam aqidah

 

15.9.2004 3

Menjelang Maghrib

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer