warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Watak Pemimpin Yang Hakiki Dan Sejati







Watak Pemimpin Yang Hakiki Dan Sejati 




Watak Pemimpin Yang Hakiki Dan Sejati

 

Tabiat semulajadi manusia berbagai-bagai dan bermacam-macam

Ingin dikasihi, ingin bermanja, inginkan simpati, ingin berkawan, inginkan pimpinan, inginkan pengetahuan

Kemajuan-kemajuan ini kalau tidak terisi manusia resah, gelisah dan murung

Kecuali orang pilihan Tuhan jiwanya kuat dengan iman, sedikit sekali bilangannya

Mereka cukup dengan Tuhannya ini adalah orang istimewa

Kerana manusia ini Tuhan yang mencipta, faham kehendak mereka

Maka dengan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya

Diutuslah di kalangan manusia dari jenisnya pemimpin yang hakiki dan sejati

Ada yang bernama rasul, ada yang bergelar nabi, ada yang diberi nama mujaddid dan ada yang bertaraf mursyid

Mereka itu manusia luar biasa Allah Taala anugerahkan kepada mereka mempunyai kemampuan boleh mengisi kehendak-kehendak manusia

Para pemimpin wakil Tuhan itu mempunyai berbagai watak-watak untuk kesenangan dan kebahagiaan manusia

Adakalanya berwatak bapa memberi kasih sayang kepada pengikutnya

Di waktu-waktu tertentu berwatak ibu tempat manusia boleh bermanja

Di masa-masa tertentu berwatak kawan memberi simpati kepada pengikutnya

Di keadaan-keadaan tertentu berwatak pemimpin menunjuk jalan keselamatan kepada manusia

Di saat-saat tertentu berwatak guru memberi ilmu dan pengetahua

Manusia yang bukan pemimpin yang hakiki tidak mempunyai berbagai-bagai watak ini

Kalau dia kawan berwatak kawan semata-mata

Jika dia bapa berwatak bapa sahaja

Bila dia menjadi ibu hanya ada watak ibu kepadanya

Begitulah seterusnya setiap manusia

Jika ada pamimpin tidak ada berbagai-bagai watak untuk keperluan manusia

Dia bukan pemimpin hakiki dan sejati namanya

Mereka tidak layak menjadi pemimpin

Tapi yang banyak berlaku sepanjang sejarah manusia, para pemimpin tidak mempunyai berbagai-bagai watak

Kerana itulah ramai manusia yang tidak bahagia dan menderita

 

6.9.99

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer