warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Watak Manusia Akhir Zaman







Watak Manusia Akhir Zaman





Watak Manusia Akhir Zaman

 

Di antara watak akhir zaman

Di zaman kita inilah

Berkongsi atau berkawan atas dasar berniaga selalu berkecil-kecil hati

Kasih sayang tidak ada

Suka marah-memarahi,

Adakalanya curiga-mencurigai sahaja

Tidak kurang pecah perkongsian

Berkawan dengan satu parti atas dasar ideologi jarang setia

Selalu sahaja jatuh-menjatuhkan

Sering berlaku adanya kem-kem dan klik-klik di dalam parti

Mudah dapat kawan, mudah dapat lawan

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan

Berkawan di satu tempat kerja hanya pandang-memandang sahaja

Namun bermesra tidak ada

Bela-membela juga tidak ada atau jarang ada

Berkawan sebagai nelayan, berkawan sebagai tolong-menolong atas dasar

kepentingan bersama

Hanya sekadar itu sahaja

Apabila susah bela-membela juga tidak ada

Mungkin tengok-menengok ada, hanya sekadar itu sahaja

Berkawan sama-sama bermusafir kemesraan ada

Di dalam perjalanan memang perlu-memerlukan

Bertolong bantu berlaku, wujud kerjasama, kerana tiada kawan yang boleh dipercayakan

Apabila masing-masing pulang ke tanah air hubungan sudah tidak ada

Berpisah berlama-lama pun tidak ada cari-mencari, apatah lagi rindu-merindui

Adakalanya tanya-bertanya pun tidak ada

Di sinilah baru kita tahu mencari kawan setia sampai mati payah ada

Berkawan termasuk perkara yang mustahil di dunia

 

1.7.2004 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer