warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Usaha Yang Sia Sia







Usaha Yang Sia-sia





Usaha Yang Sia-sia

 

Kasihan manusia ini, ramai di antara mereka membuat kerja-kerja yang tidak seimbang

Bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yang sia-sia

Kerja dunia yang sementara serius mereka mengusahakannya

Dunia yang tidak lama bertungkus-lumus mereka mendapatkannya

Bukan sahaja dunia tidak lama yang disangka lama, hidup sampai ke tua

ramai yang mati muda

Segala yang diusaha dan diperolehinya ditinggalkan tidak boleh dibawa

Sedangkan untuk Akhirat yang kekal abadi, selama-lama telah dicuaikannya

Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa

Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya

Seperti tidak beribadah atau beribadah membuat sambil lewa, tidak berjiwa

asal ada sahaja

Pemurahnya tidak ada, maaf-bermaafan tidak biasa,

berkasih sayang sesama manusia telah dilupa

Sabar dan redha tak usah dikata, memang tidak ada

Mengutamakan orang lain bukan budaya hidupnya

Ziarah-menziarahi bukan budayanya

Menghormati hukum-hakam Tuhan di dalam hidupnya bukan disiplin hidupnya

Islamnya hanya syahadah dan sedikit-sedikit ibadah lainnya itu pun bukan dari jiwa

Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga

Yang ada dia memikirkan kepentingan dirinya dan keluarga atau kroni-kroninya

Orang miskin, susah, dapat bala peduli apa!

Yang dibawanya ke Akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah,

zalim, megah, riyak, ujub

Di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan

Di waktu ketika hendak mati masih di dalam angan-angan lagi ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamor

Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang, masih mengangkat diri

Ajal pun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan, dengan kata-kata lain

tidak membawa  sifat taqwa sebagai bekal

Yang  dibawanya hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di dalam jiwanya

Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa barang-barang yang dimurka

untuk ke Neraka

Barang-barang yang dibawa untuk ke Syurga tidak ada,

maka rugilah dia sepanjang masa buat selama-lamanya

Waliyazubillah daripada berlakunya seperti yang dikata

 

17.7.2004 1

Menjelang Asar / Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer