warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Untuk Datuk Kaharuddin







Sajak Untuk Datuk Kaharuddin




Untuk Datuk Kaharuddin

 

Datuk Kaharuddin yang diingati lagi disayangi!

Sudah lama kita berkenal

Perkenalan yang tidak dirancang tapi Allahlah yang menemukan

Perkenalan kita selama ini berbagai-bagai suasana yang aku rasa

Walaupun umurku lebih tua dari Datuk

Tapi aku rasa Datuk abangku tercinta

Adakalanya Datuk aku rasa adikku yang tersayang

Di waktu-waktu tertentu aku rasa Datuk adalah sahabat yang setia

Di masa-masa yang tertentu Datuk adalah kawan seperjuangan

Datuk yang dicintai!

Walaupun jarang-jarang kita bertemu

Namun entah mengapa hati ini, ia tetap tidak terputus di dalam ingatan

Inilah satu nikmat yang ditakdirkan oleh Tuhan

Mungkin ada maksud dari Tuhan di masa hadapan

Datuk yang selalu di dalam ingatan

Rasa keabangan boleh putus

Rasa keadikan juga boleh lupus

Sekadar sahabat sahaja juga boleh putus

Tapi sahabat seperjuangan menegakkan kebenaran tidak akan putus

Ia akan membawa sampai ke Akhirat

Kerana kebenaran itu ialah Tuhan cinta agung yang berkekalan

Aku berdoa agar rasa sahabat seperjuangan ini akan berkekalan

Percayalah! Bahawa Islam ada masa depannya

Zaman kegemilangan yang kedua pasti datang berulang

Ia bermula dari Timur, tidak lama lagi

Giliran orang Melayu yang ditakdirkan Tuhan

Marilah kita sesuaikan perjuangan kita

dengan jadual Tuhan yang telah ditentukan

Panjang umur kita akan bertemu dengan zaman gemilang itu

Lebih-lebih lagi umur kita sudah tinggal sisa-sisanya

Bila-bila kita boleh kembali kepada Tuhan

Marilah kita habiskan sisa-sisa umur  kita itu

di dalam memperjuangkan kebenaran

Terima kasih Datuk!

Maaf lahir batin

Moga-moga Datuk di dalam hidayah dan taufiq yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

 

Ahad 6 Ogos 2000

2.00 petang.

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer