warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ulama Pewaris Nabi







Ulama Pewaris Nabi




Ulama Pewaris Nabi

 

Ulama adalah pewaris nabi

Pewaris ertinya memiliki, mempunyai apa yang dipusakakan oleh Nabi sebagai peninggalannya

Pewaris bukan sekadar memiliki ilmunya

Kerana ilmunya, orang kafir pun boleh memilikinya

Pewaris nabi ertinya memiliki ilmunya, ketaqwaannya, ibadahnya dan akhlaknya

Tawadhuknya, pemurahnya bayangan Nabi

Kasih sayangnya, pemaafnya mencontohi Nabi

Keyakinannya, kesabarannya, kegigihannya berjuang juga ada padanya

Cintakan Tuhan lebih daripada segala-galanya

Takutkan Tuhan memenuhi jiwanya, adakalanya terpancar di mukanya

Bijaksananya di dalam mendidik

Ramai manusia yang mendapat kesedaran darinya

Keberaniannya luar biasa

Tegasnya beragama sangat ketara

Korban apa sahaja untuk Tuhannya

Cinta dunia tiada kerana Akhirat matlamat hidupnya

Risalah Tuhan sangat gigih memperjuangkannya

Begitulah yang dikatakan ulama pewaris nabi

Walaupun bukan nabi tapi tabiatnya adalah tabiat nabi di dalam semua halnya

Kalaulah zaman kenabian masih ada

Merekalah nabi-nabi di zamannya

Sungguh hebat ulama pewaris nabi!

Kerana hidupnya bayangan nabi

Di mana kita hendak cari ulama pewaris nabi di zaman ini?!

Kerana kebanyakan ulama telah menjadi pewaris sultan atau wuzara

Atau mereka telah memiliki tabiat orang banyak

Cumanya beza dengan orang ramai ilmunya banyak

 

Menjelang tidur

28.8.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer