warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ulama Berwatak Rasul







Ulama Berwatak Rasul




Ulama Berwatak Rasul

 

Ulama yang berwatak rasul, tugasnya memimpin secara umum

Ulama yang berwatak nabi, kepimpinannya secara khusus

Iaitu yang lebih tertonjol adalah ibadahnya

‘Rasul yang bukan rasul’, penumpuan ibadahnya 30 peratus

Kepimpinannya untuk manusia 70 peratus itulah yang utama

Tapi boleh juga untuk Tuhan dan untuk manusia 50-50

Ini adalah yang sederhana

Ulama yang berwatak nabi, untuk ibadah 70 peratus

Untuk kepimpinannya 30 peratus itulah yang utama

Di sini baru kita faham

‘Rasul yang bukan rasul’, pimpinannya yang lebih menonjol

‘Nabi yang bukan nabi’, ibadahnya yang lebih menonjol

Di antara dua golongan ini jangan ditukar watak dan peranannya

‘Rasul yang bukan rasul’ jangan bertukar berwatak ‘nabi yang bukan nabi’

Begitu juga ‘nabi yang bukan nabi’ jangan pula bertukar berwatak ‘rasul yang bukan rasul’

Masing-masing berperananlah mengikut watak yang Tuhan anugerahkan

‘Nabi yang bukan nabi’ abidnya yang ketara

‘Rasul yang bukan rasul’ kepimpinannya yang lebih nyata

Kalau dua golongan ini faham kedudukan diri

Kemudian masing-masing boleh berperanan mengikut watak semulajadi

Alangkah indah dan cantiknya

Manusia umum terpimpin dengan penuh disiplinnya

Mereka selamat dan menyelamatkan

 

Menjelang tidur

20.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer