warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ukuran Sebenar Kejayaan Manusia







Ukuran Sebenar Kejayaan Manusia




Ukuran Sebenar Kejayaan Manusia

 

Kejayaan manusia bukan berjaya mendapat ilmu, tetapi berjaya mengamalkan

dan tawadhuk dengan orang ramai

Kecemerlangan manusia bukan mendapat pangkat yang tinggi,

tapi dapat merendah diri dan boleh menolong orang lain dengan pangkat itu

Kejayaan manusia bukan diukur dengan kekayaannya,

tapi dapat mengagih-agihkannya, ramai yang dapat manfaatnya

Luar biasa itu bukan pula seseorang itu mampu mengalahkan musuh-musuhnya,

tapi mampu memaafkan musuh-musuhnya, musuh peribadinya

Seseorang yang mampu marah bukanlah manusia yang hebat

Yang hebat itu, seseorang yang boleh menahan kemarahannya

Seseorang yang istimewa bukanlah pandai melihat kesalahan orang lain

Istimewanya seseorang itu pandai melihat kejahatan dirinya dan kelemahan peribadinya

Tidak membalas kejahatan orang kerana hendak mencari kedamaian

Membuat baik terhadap orang yang jahat kepadanya

itu adalah manusia luar biasa dan istimewa

Seseorang perempuan yang dapat memperlihatkan kecantikannya kepada semua orang bukanlah satu keistimewaan

Perempuan yang istimewa itu kecantikannya hanya dilihat oleh suaminya seorang

10.6.2003 1

Menjelang Zuhur Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer