warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tukar Dunia Kepada Akhirat







Tukar Dunia Kepada Akhirat




Tukar Dunia Kepada Akhirat

 

Dunia ini yang mana satu ada nilai di sisi Allah?

Harta, pangkat, wang ringgit, kebun, rumah

Tidak ada harganya pada Tuhan

Ia ibarat kalau di dunia ini adalah wang ringgit

Wang itu walaupun ada nilainya berdasarkan angka yang ada di atas duit

Ia tidak dapat memberi faedah apa-apa

Kalau tidak ditukar dengan benda-benda lain

Setelah ditukar, baru ada nilainya dan berfaedah

Apabila ditukar, baru duit itu bukan duit lagi

Kalau duit itu disimpan sahaja

Tidak pun ditukar dengan sebarang benda

Tidak ditukar dengan pakaian, makanan, minuman, kenderaan dan sebagainya

Nasibnya sama sahaja dengan kertas biasa

Tidak ada nilai apa-apa, tidak bermakna adanya duit

Walaupun di atas duit-duit itu ada nilainya

Berdasarkan yang tertulis angka-angkanya

Jadi, baru kita faham duit itu memberi faedah setelah kita tukar nilai

Begitulah nikmat di dunia ini

Jika kita tidak tukar nilai dengan nilai Akhirat

Seperti harta, untuk menolong orang yang susah dan dikorbankan fisabilillah

Tenaga, untuk berkhidmat kepada orang atau hamba-hamba Allah

Ilmu, untuk memimpin manusia di dunia agar agama dan kehidupan mereka betul

Pangkat dan jawatan, untuk membela orang ramai

Maka dunia telah jadi nilai Akhirat

Dunia telah ditukar dengan Akhirat

Kalau tidak ditukar, dunia hanya akan jadi bangkai

 

Menjelang Maghrib

7.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer