warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tujuan Mengenal Tuhan







Tujuan Mengenal Tuhan




Tujuan Mengenal Tuhan

 

Mengenal Tuhan tujuannya agar segala usaha dan ibadah ada tempat tujuan yang hendak disembahkan

Agar segala usaha dan ibadah tidak disia-siakan

Mengikut syariat itulah disiplin hidup dan syiar-Nya

Sekaligus nampak kelihatan di dalam kehidupan insan, ayat-ayat dan tanda-tanda kebesaran Tuhan

Akhlak yang mulia pula itulah dia bunga-bunga yang indah pada diri-diri insan

Dari situlah di dalam pergaulan manusia di antara satu sama lain senang menyenangkan

Bahagia membahagiakan, rindu-merindui untuk berjumpa

Dari sinilah indahnya pertemuan di dalam pergaulan

Kerana masing-masing di dalam diri membawa bunga

Satu sama lain hibur-menghiburkan

Suka-menyukakan dan menggembirakan

Memanglah tabiat bunga sama ada bunga yang lahir mahupun bunga yang maknawi dan rohani

Ia menyukakan, menghiburkan, menyenangkan dan menyejukkan mata dan hati

Kalau bunga diri atau bunga-bunga maknawi dan rohani tidak ada

Pertemuan manusia sesama manusia sangat menjemukan

Bahkan di dalam setengah-setengah hal pertemuan itu sangat menakutkan

Akibatnya pertemuan dan pergaulan itu dibuat sebab terpaksa

Tidak bergaul, manusia tidak boleh hidup bersendirian

Kerana manusia itu satu sama lain perlu-memerlukan

Tapi kerana masing-masing bunga diri sudah tidak ada

Pertemuan dan pergaulan secara terpaksa itu sangat menyakitkan

 

Menjelang Maghrib

16.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer