warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tujuan Hidup Berjemaah







Tujuan Hidup Berjemaah





Tujuan Hidup Berjemaah

 

Masuk jemaah bukan hendak mencari kepentingan diri

Datang ke jemaah dengan tujuan hendak membaiki diri

Seorang diri tidak mungkin boleh baiki diri sendiri

Di dalam jemaah mursyid yang memberi ilmu dan mendidik diri

Tuhan menyuruh mesti berada di dalam jemaah, ia adalah Sunnah Nabi

Ia boleh membawa rahmat, boleh berkubu membenteng diri

Tidak ada jemaah macam kambing mudah ditangkap oleh serigala jika bersendiri

Berada di dalam jemaah adalah diwajibkan oleh Tuhan dan Nabi

Tuhan tidak membenarkan umat Islam hidup sendiri-sendiri

Setidak-tidaknya di dalam jemaah ada perpaduan lahir sekalipun belum perpaduan hati

Lama-lama, perlahan-lahan setelah ada ilmu, sesudah di hati terjadilah kesatuan hati

Kerana itulah masuk jemaah bukan hendak mencari kesalahan orang

Masuk jemaah kerana mudah mencari kesalahan sendiri untuk dibaiki

Di dalam jemaah ada mursyid memerhati ada  kawan-kawan yang menasihati

Mudahlah membaiki diri dan meningkatkan kualiti diri

Kalau ada kelemahan kawan di dalam jemaah bukan hendak mengata dan mencaci

Mereka juga macam kita juga ada mempunyai kelemahan yang tersendiri

Kalau boleh dan mampu bolehlah menasihati bukan mencaci

Jika tidak mampu doakan mereka mendapat hidayah

Begitulah kalau orang ikhlas dengan Tuhan dan Nabi

Di dalam jemaah takkan tidak ada sedikit-sedikit pun kelemahan-kelemahan ahli

bahkan pemimpin juga

Kerana jemaah itu bukan jemaah Nabi dan Sahabat atau murid-murid Nabi

Kita meminta jangan ada ahli-ahli mempunyai kelemahan peribadi

Apakah kita mampu membaiki seratus peratus peribadi dan kelemahan diri?

Sebenarnya kita kurang nampak kesalahan sendiri kerana tidak muhasabah diri

Kalaupun muhasabah diri ilmu kita tidak cukup menyuluh diri

Apabila ilmu kita tidak cukup kita sangka sudah membaiki diri

Orang yang baiki diri makin muhasabah, makin membaiki diri,

makin nampak kesalahan diri

Kerana itulah orang bertaqwa itu di sisi Tuhan, dia anggap dirinya jahat

Makin  membaiki diri makin nampak jahat diri

Di dalam merasakan diri lemah dan tidak baik kemudian mati

Itulah di antara caranya orang mati yang bertaqwa

Kalau orang rasa dirinya baik, kalau dia bertaqwa pun ditarik balik

Tolonglah ambil ingatan jangan menipu diri

Rasulullah kalau ditanyakan dirinya dia adalah orang paling jahat

Jika ditanyakan kepadanya apa kata Tuhan terhadapnya barulah dia berkata

Tuhan kata saya orang yang terbaik di dunia

Rujuk pada diri dianggap orang yang terjahat

Kalau rujuk kepada Tuhannya dia akan mengatakan saya orang yang terbaik

 

15.9.2004 2

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer