warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Menggalakkan Bersuci Dan Bersih







Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih





Tuhan Mengalakkan Bersuci Dan Bersih

 

Ajaran Tuhan sangat menggalakkan kita supaya suruh bersih dan bersuci

di dalam apa pun keadaan

Terutama bersih dan bersuci daripada najis yang berbagai-bagai jenisnya

adalah diwajibkan

Bersih daripada badan, bersih daripada pakaian, bersih daripada tempat tinggal

dan kawasan

Hingga dikatakan mengikut Hadis bersih itu setengah daripada iman

Bersih itu sekalipun di dalam jamban

Diharap diambil perhatian

Kesempurnaan bersih lahir bukan sahaja daripada najis yang digalakkan

Disuruh juga bersih daripada kekotoran, sunat mengikut hukum Tuhan

sekalipun tidak menajiskan

Daripada badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan

Bersih daripada peluh yang menjijikkan, daripada tahi mata, tahi telinga,

tahi gigi yang meloyakan

Pada pakaian daripada comot, habuk, lumpur yang menyakitkan mata memandang

Di dalam rumah, di kawasan rumah daripada sampah yang bersepah

yang menghilangkan keindahan pemandangan

Apabila berlaku ia jadi makruh lebih-lebih lagi jika dibawa ibadah dan sembahyang

Di dalam agama Tuhan sesuatu itu diambil kira jika perkara itu menyakitkan

Menyakitkan hidung, menyakitkan mata, menyakitkan perasaan atau selera insan

Ajaran Tuhan menggalakkkan kita bercantik-cantikan dan berwangi-wangian

Kerana ia menghiburkan dan menyenangkan di dalam pergaulan

Kerana Tuhan itu cantik, Dia suka kita juga bercantik-cantikan

Di sini baru kita faham ajaran Tuhan bukan sahaja disuruh bersih batin

daripada mazmumah yang merosakkan kehidupan

Memanglah bersih batin daripada mazmumah itu adalah yang paling diwajibkan

dan dipentingkan

Tapi bersih yang lahir juga sangat diperintah dan digalakkan

Kerana ia memperindahkan ajaran Tuhan itu secara luaran yang senang mata memandang

Perkara luaran yang indah juga sangat mempengaruh orang masuk Islam

atau senang dengan Islam

Memanglah kita sudah katakan yang dalam itu sangat dipentingkan

Tapi bersih luaran jangan pula ia diabaikan kerana ia adalah asas ibadah

mengikut agama Tuhan

Di hari ini apa yang amat mendukacitakan kedua-dua kebersihan lahir dan batin

masih diabaikan

Yang batin memang amat susah tapi yang lahir pun umat Islam cuai dan abaikan

Lebih-lebih lagi umat Islam di kampung-kampung seolah-olah kebersihan lahir itu

bukan agama Tuhan

Pakaian tidak terurus, badan kurang dibersihkan, di jamban lebih-lebih lagilah

amat mendukacitakan, sangat menjijikkan

Di dalam rumah, kawasan rumah, bahkan kawasan surau dan masjid pun

sangat sakit mata memandang

Di luar rumah dan masjid rumput panjang, kebersihan daripada sampah sarap diabaikan, adakalanya najis pun bertaburan

Kalau kebersihan lahir pun susah sangat dilaksanakan, bersih batin lagilah

macam mustahil dapat dibersihkan

Jika kebersihan lahir pun masih dicuaikan mengapalah negara Islam hendak difikirkan janganlah berangan-angan

Perkara-perkara asas ibadah pun belum selesai apakah perkara-perkara furuk

dan cabang-cabang di dalam ibadah mudah dicapai?

Mengapalah umat Islam hari ini melulu berjuang macam orang tidak siuman

Berjuanglah yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan

 

12.9.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer