warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Mendengar Keluhan Hamba Nya







Tuhan Mendengar Keluhan Hamba-Nya





Tuhan Mendengar Keluhan Hamba-Nya

 

Keluhan orang berdosa kerana dosa-dosanya Tuhan amat suka

Lebih-lebih lagi gugurnya air matanya waktu menangis mengenangkan dosa-dosanya memadamkan api Neraka

Takutnya kepada Tuhan kalau-kalau terbuat salah atau takut tidak diampunkan dosa adalah ibadah

Sedangkan orang beribadah belum tentu lagi jadi ibadah

Kerana ibadah itu mestilah dirasa oleh hati di dalam ibadahnya,

penghayatan itu adalah kerja hati

Kalau fizik sahaja yang nampaknya beribadah, hati tidak beribadah,

tidak ada erti apa-apa dengan ibadahnya

Tuhan tidak pandang rangka, tapi pandang isinya

Rangka cantik macam mana sekalipun, tidak ada isi tidak ada erti apa-apa

Rasa bertuhan  dibawa  ke mana-mana ini adalah ibadah batin

Pahalanya sentiasa mengalir selagi ada rasa

Rasa hamba dibawa ke mana-mana, lemah dan tiada kuasa, adalah juga ibadah batin

Rasa hamba itu itulah sifat hamba yang sebenarnya

Janganlah sifat hamba itu ditukar kepada sifat tuan atau ketuhanan

Itu sombong namanya

Dia ambil pakaian Tuhan dan dipakainya

Tuhan sangat murka

Sifat ketuanan itu ialah bangga diri, Tuhan benci

Siapalah kita manusia ini hendak rasa bangga

Takkan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini

Mengapa pula kita rasa ada kuasa dan bangga diri pula

Ini sikap orang yang tidak sedarkan diri

Takkan kita tidak sedar, bahawa kita ini dhaif dan lemah

Setiap saat kita perlu bantuan

Bantuan oksigen, bantuan kesihatan, bantuan kerehatan

Bantuan-bantuan yang diperlukan itu siapa yang empunya?

Takkan kita buat tidak tahu dari mana kita dapat

Kalau kita sedar ini semuanya di dalam fikiran setiap masa, atau di dalam perasaan

itulah dia ibadah

Ibadah tanpa perbuatan, ibadah batin atau ibadah rohaniah namanya

Perasaan itu atau kesedaran itu adalah diberi pahala

 

8.9.2004 4

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer