warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Memanggil Aku







Tuhan Memanggil Aku




Tuhan Memanggil Aku

 

Tuhan memanggil aku

Aku menerima panggilan-Nya

Setelah aku menunaikan panggilan, aku menderhakai-Nya

Tuhan menyuruh aku

Aku mendengar dan mentaati-Nya

Setelah suruhan itu aku terima

Aku mencuaikannya

Tuhan panggil lagi aku

Aku tidak menolaknya

Setelah aku menerimanya

Di situ aku tidak beradab kepada-Nya

Tuhan suruh lagi aku

Aku tidak pula menolak suruhan-Nya

Setelah aku menerima suruhan-Nya

Aku tidak bersungguh-sungguh mengerjakannya

Begitulah aku ini

Setiap kali Tuhan panggil

Aku menerimanya

Setiap aku disuruh

Aku tetap tunaikannya

Tapi di dalam ketaatan itulah aku derhaka kepada-Nya

Bilakah aku ini dipanggil dengan setianya

Entah bila lagi jika aku disuruh

Aku tidak khianat suruhan-Nya

Begitulah aku ini sentiasa taat di dalam derhaka

Begitulah aku ini mengikut perintah tidak beradab

Tuhan, aku harap

Di dalam menunaikan panggilan dan suruhan, tidak beradab

Aku memohon maaf dan ampun kepada-Mu

Ampunkanlah dan maafkanlah aku wahai Tuhan

 

Menjelang tidur

14.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Lirik ini dilagukan oleh

Lirik ini dilagukan oleh Sheqal - Tuhan Memanggil. Saya ada mendengar lagu ini di NasyidFM. Sehingga kini saya masih mencari mp3 lagu ni utk koleksi lagu-lagu nasyid tapi masih belum jumpa. Kalau siapa2 ada mp3 atau info dimana boleh saya beli album ini maklumkan pada saya..k..

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer