warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Itu Rafiqul Ala







Tuhan Itu Rafiqul Ala




Tuhan Itu Rafiqul Ala

 

Faham sekular telah memisahkan hamba-hamba dengan Tuhan-Nya

Sekalipun dia pelajar agama

Walaupun percaya dengan adanya Tuhan

Tapi tidak kenal Tuhan, siapa sebenarnya Tuhan, apa peranan Tuhan

Mereka tidak tahu apa perlunya kepada Tuhan

Kalaupun mereka tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab dan menghukum

Mereka tidak tahu bahawa Tuhan itu

Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Berkuasa

Penjaga dan Pelindung

Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu Pemimpin

Idola yang patut ditakuti, disembah, dicintai dan disanjung

Bahkan mereka tidak faham bahawa Tuhan itu adalah Rafiqul Ala

Kawan sejati yang sangat setia serta membela

Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya

Kalaulah mereka faham siapa sebenarnya Tuhan

Mereka akan jadikan Tuhan sebagai kawan

Kawan yang dicintai, disanjung dan dipuja

Mereka tidak akan memutuskan hubungan dengan Tuhan setiap masa

Mereka rasa perlu dan bahagia bersama Tuhan

Tuhan akan dibawa ke mana-mana

Tuhan akan dibawa di waktu rehat

Di waktu susah dan senang

Di waktu bermukim dan bermusafir

Di waktu sihat dan sakit

Di waktu tidur dan baring

Di waktu sibuk dan bekerja

Hinggakan rasa bertuhan tidak lekang dari jiwa

Di masa yang sama, rasa kehambaan begitu subur di dalam hatinya

 

Menjelang Maghrib

9.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer