warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Dirasa Tiada Di Dalam Kehidupan







Tuhan Dirasa Tiada Di Dalam Kehidupan





Tuhan Dirasa Tiada Di Dalam Kehidupan

 

Setengah orang terutama para pemimpin tidak sempat merasakan

besar-Nya Tuhannya

Tidak sempat merasakan berkuasa-Nya Tuhan dan tidak sempat melihat kehebatan-Nya

Kerana Dia disibukkan oleh rakyatnya dan pengikut-pengikutnya

yang ada kepentingan diri dan peribadi

Tidak sempat melihat Tuhan dengan hati, tapi selalu sahaja melihat diri sendiri

Dia disanjung-sanjung, dipuji-puji, dilambung membumbung setiap hari

Para-para pengampu lebih-lebih lagilah membuat berbagai-bagai program untuknya

hendak mendapatkan sesuatu

Dimuliakan di sana-sini disambut merata negeri dan negara, merasa  mulianya diri sendiri

Tidak sempat merasakan Maha Mulianya Tuhan kerana dia dimuliakan setiap hari

Setiap hari dia ditatang di sana, ditatang di sini, di dalam

berbagai-bagai upacara dan suasana

Akibatnya terjadilah merasa bahawa diri luarbiasa, istimewa dan ada kuasa

Lupa Tuhan yang luarbiasa, lupa Tuhan yang berkuasa

Maka setiap waktu dan masa hati berbunga

Berbunga dengan riyak pun tiba, megah pun menguasainya,

sombong pun menguasai hati dan perasaan

Apatah lagi pemimpin-pemimpin di bawahnya sentiasa sahaja mengipas-ngipasnya

Mengampu untuk mengambil hatinya

Aduh semakin terasa dia orang mulia, luarbiasa dan berkuasa

Akhirnya kebesaran Tuhan sudah tidak nampak, kebesaran diri yang dia terasa

Kuasa Tuhan dilupakannya, kuasa dialah yang dia rasa dan berkuasa

Semakin lama semakin lalai dengan Tuhannya, kalau beribadah pun bukan dari hatinya, hanya fizikalnya

Ibadah rangka, ibadah bangkai, ibadah upacara bukan dari jiwa

Semakin ke hujung hilang rasa takut dengan Tuhannya

apatah lagi cinta dengan Tuhannya langsung tidak ada

 Di dalam keadaan itu dia pun mati membawa rasa kebesaran, kesombongan,

kemegahan, kealpaan

Maka terjunlah dia ke Neraka barulah terkejut terbeliak biji mata

Rupanya dia hamba, hina, lemah, tidak ada kuasa, Tuhanlah yang Maha Berkuasa

Penyesalan pun tiba yang amat sangatnya

Tapi penyesalan yang tidak lagi berguna apa-apa

Begitulah yang berlaku kepada Namrud, Firaun, raja-raja dan penguasa dunia

Mereka masuk Neraka, orang kiri kanannya yang turut menyumbang ke arahnya

Rakyatnya juga sedikit sebanyak yang melalaikannya hingga terlupa Tuhannya

Lebih-lebih lagi yang punya diri kerana sanjungan, pujian,  datang megah

dan sombong lalu derhaka

Kerana sibuk disambut dan diusung-usung ke sana ke mari oleh rakyat

lupa mati, lupa Akhirat

Kerana itulah diceritakan oleh kitab agama ramai orang besar masuk ke Neraka

Mereka itu di dunia dibesarkan oleh orang di sekelilingnya dan oleh rakyatnya

Terasalah diri itu besar dan berkuasa bukan Tuhan yang Besar dan Berkuasa

Maka masuk Nerakalah dia waliyazubillah

 

14.9.2004 1

Menjelang Maghrib /  selepas Isyak

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer