warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Bertindak Ada Didikan







TUHAN BERTINDAK ADA DIDIKAN




Tuhan Bertidak Ada Didikan

 

Selepas kejadian 11 September Amerika pun mengambil peluang

bertindak kepada musuh-musuhnya

Selama ini hendak membalas dendam

kepada setengah-setengah golongan tidak ada alasan

11 September adalah alasan boleh bertindak

macam orang mengantuk disorongkan bantal

Tindakan Amerika terhadap golongan militan Islam terutama Agfhanistan

Tindakan itu hingga melampau batasan perikemanusiaan

Tidak segan silu campurtangan di negara orang

Pendapat dunia tidak dipedulikan, hilang pertimbangan, macam orang tidak siuman

Dia bertindak di mana-mana, dia menekan bangsa yang lemah

Dia hantar tentera-tenteranya di mana-mana

membuat kacau menakutkan orang

Dunia yang sudah kehilangan Tuhan sangat takut, terlalu bimbang

Ada negara dan bangsa ikut sahaja telunjuk Amerika kerana tekanan

Tapi aku hairan setiap hari Tuhan menghantar tenteranya bertindak

Tidak ada orang yang takut dan bimbang

Amerika bertindak sekali sekala, Tuhan bertindak setiap masa

Tuhan bertindak kerana dosa, sebab derhaka,

mendidik dan menyedarkan

Ada yang kena individu ada secara majmuk

Menghantar tentera air melanda apa sahaja,

manusia mati merosakkan harta benda

Diarah-Nya tentera gunung berapi meledak memusnahkan apa sahaja

Disuruh-Nya tentera bumi bergerak gempa bumi namanya

meruntuhkan bangunan tinggi

Memusnahkan kemajuan yang ada sekelip mata

Dikerahnya tentera angin melanda apa sahaja

kerosakan di mana-mana

Belum lagi kita perkatakan tindakan Tuhan secara individu

Dilepaskan tentera kuman mengganas menyerang manusia di mana-mana sahaja

Tentera-tentera makanan yang merosakkan badan luar dan dalam

Macam-macam penyakit yang menimpa manusia

Barah yang menakutkan, darah tinggi yang bahaya, kencing manis yang meresahkan

Sakit jantung yang meresahkan, asma yang melelahkan

Kalau begitu apakah Amerika yang patut ditakut atau Tuhan

Amerika bertindak jarang-jarang

Tuhan bertindak setiap masa

Tindakan Amerika hanya memusnah dan menyusahkan tidak ada hikmah!

Tuhan menyusahkan ada hikmah

Tuhan bertindak ada didikan

Tuhan marah untuk menginsafkan

 

10.11.2002 3

Waktu Dhuha

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer