warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Anugerahkan Rasa Terhibur Ketika Menghadap Mu







Tuhan Anugerahkan Rasa Terhibur Ketika Menghadap-Mu





Tuhan Anugerahkan Rasa Terhibur Ketika Menghadap-Mu

 

Bila lagikah Engkau hendak anugerahkan kepada-Ku  

apabila aku menyembah-Mu rasa terhibur

Apabila sampai masanya hati gembira tidak sabar-sabar hendak menyembah-Mu

Bukanlah secara terpaksa dan mujahadah tapi penuh suka dan gembira

Macamlah orang yang hendak berjumpa dengan  cintanya dengan hati yang gembira

Menunggu-nunggunya terasa tidak sabar ingin sangat bertemunya

Aku menyembah-Mu Tuhan belum lagi terasa  begitu

Aku menyembah-Mu masih lagi terpaksa dan dipaksa-paksa

Setiap kali hendak menyembah-Mu terpaksa dan berrmujadah

Hendak menyembah-Mu belum lagi terasa indah

Kerana itu menyembah-Mu tidak boleh berlama-lama   ia jadi jemu

Aku memohon maaf Tuhan kepada-Mu begitu sahajalah nilai diriku

Itu pun aku berterima kasih kepada-Mu, kalau Engkau tidak kuatkan aku mujahadaah mungkin sahaja aku tidak menyembah-Mu

Tuhan! Anugerahkanlah kepadaku dengan rahmat-Mu,

aku menyembah-Mu dengan penuh suka dan gembira

Menyembah-Mu dengan penuh cinta dan suka

Bukan lagi menyembah-Mu dengan secara mujahadah dan terpaksa

Secara terpaksa dan mujahadaah itu jemu

Aku rasa hatiku belum lagi clear dengan-Mu

Hati belum lagi jatuh cinta kepada-Mu

Tuhan! Di manalah salah silapnya berilah tahu aku

Apakah anak kuncinya agar mudah sahaja mencintai-Mu

Lebih-lebih lagi ketika hendak menyembah-Mu

Tuhan!  Janganlah Engkau lambat-lambatkan lagi kerana aku sudah tua

Umur yang baki ini hanya menunggu mati

Sedangkan   cinta pada-Mu belum lagi berbunga

Aku takut sebenarnya  kalau aku mati hanya baru peringkat mujahadah

Sepatutnya menunggu mati cintaku pada-Mu sudah memuncak tinggi

Cintaku pada-Mu sepatutnya sudah meluap-luap

Hingga kerja-kerja lain sudah terganggu

Membuatnya tidak lagi sepenuh hati kerana cinta kepada-Mu

 

18.9.2004 - 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer