warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan Aku Ini Hamba Mu







Tuhan Aku Ini Hamba-Mu





Tuhan Aku Ini Hamba-Mu

 

Aku sembah-Mu Tuhan aku tidak meminta pahala

Aku sembah-Mu atas dasar aku adalah hamba

Patut aku sebagai hamba-Mu kerana Engkau Tuhanku, penciptaku

Kelemahanku di dalam ibadah aku harap kemaafan-Mu

Kekurangannya aku harap dengan rahmat-Mu Engkau tampung sahaja

Di waktu aku lupa ingatkan aku,

Ketika aku buat dosa sedarkan aku agar aku bertaubat

Apabila aku bertaubat terimalah taubatku

Jika aku buat dosa lagi ingatkan lagi agar  aku bertaubat

Setiap kali aku bertaubat terimalah lagi taubatku

Hidup ini adalah terlalu seni

Kerana seninya payah hendak hidup yang bersih lagi murni

Berilah aku hidayah dan taufiq selalu

Agar aku pandai hidup yang begitu seni

Adakalanya aku buaat salah tapi tidak tahu

Kalau bukan petunjuk-Mu tidak mungkin aku hidup di dalam keadaan yang murni

Jika bukan taufiq-Mu tidak mungkin aku dapat selarikan yang lahir dengan yang batin

Biarlah lahir menunjukkan yang batin

Sungguh susah Tuhan hendak selarikan sikap lahir dan batin

Kecuali dengan pertolongan-Mu dan pemimpin-Mu

Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupan ini

Hidup  ini  banyak sangat liku-likunya, mudah sahaja tergelincir

Dengan itu selamatlah aku

 

19.9.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer