warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tuhan, Janganlah Aku Dipersalahkan







Tuhan, Janganlah Aku Dipersalahkan




Tuhan, Janganlah Aku Dipersalahkan

 

Tuhan!

Janganlah dipersalahkan aku jika risalah-Mu tidak sampai kepada setengah golongan

Jangan pula besok di Akhirat mereka akan menjadikan hujah di hadapan-Mu aku tidak menyampaikan

Maafkan aku Tuhan jika apa yang aku sampaikan tidak merata semua orang

Tuhan, masih ramai lagi hamba-hamba-Mu yang miskin di bumi-Mu ini

Yang tidak ada apa yang hendak dimakan dan yang hendak diminum

Tidak kurang yang tidak ada pakaian dan yang tidak ada tempat tinggal

Mereka terbiar dan dibiarkan

Janganlah Engkau bertindak ke atas aku kerana tidak dapat menolong mereka

Apatah lagi bagi hamba-hamba-Mu yang terzalim di dunia ini

Aku tidak dapat membela dan menyelamatkannya

Entah berapa ramai yang menderita, melarat dan papa tidak dapat aku membantu

Aku pun tidak tahu apakah kerana tidak mampu atau kerana kecuaian

Walau bagaimanapun aku memohon ampun kepada-Mu

Kemaafan-Mulah yang aku pinta setiap peristiwa yang berlaku

Aku berlindung dengan-Mu jangan sampai segala tragedi menjadi bala

Tuhan!

Bantulah aku

Berilah aku kekuatan, keyakinan serta kesabaran

Agar segala masalah dapat diselesaikan

 

Selepas Asar

27.8.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer