warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tidak Tahan Dengan Kelebihan







Tidak Tahan Dengan Kelebihan 




Tidak Tahan Dengan Kelebihan

 

Berapa ramai orang apabila Tuhan pakaikan sedikit kebesaran kepada orang itu dia tidak tahan

Dia pun membesarkan diri, sombong pun datang

Dia pun rosak dan merosakkan

Berapa banyak manusia apabila kekayaan dialirkan padanya dia pun lupa

Bakhil pun datang, sombong pun terjadi

Dia merasakan kekayaan itu dia yang punya

Tidak kurang pula apabila Tuhan memberi sedikit kekuasaan pada seseorang

Dia pun lupa diri

Dia rasa, manusia luar biasa

Megah pun menimpa dirinya, sombong tak usah dikira

Dia pun menzalim orang

Dia pun menyalahi kuasanya

Banyak pula orang teraniaya

Tapi apabila Tuhan menimpakan seseorang kesusahan

Kesusahan yang berbagai bentuknya

Ramai pula yang tidak tahan

Tidak tahan menderita

Ada yang kecewa sepanjang masa

Bahkan ada yang putus asa

Begitulah seseorang yang jiwanya sudah rosak

Rasa bertuhan tidak ada

Rasa kehambaan tidak ada di dalam jiwa

Apa pun Tuhan timpakan kepada dirinya

Semuanya merosakkan dirinya

Oleh itu rasa bertuhan perlu ada, rasa kehambaan perlu mendalam di dalam jiwa

 

Selepas Zuhur

26.7.2001

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer