warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tidak Lama Lagi Ia Akan Terjadi







Tidak Lama Lagi Ia Akan Terjadi





Tidak Lama Lagi Ia Akan Terjadi

 

Tidak lama lagi engkau akan tergigit jari

Penyesalan yang tidak berkesudahan akan berlaku kepadamu

Di atas keyakinan yang telah engkau ungkaikan sendiri

Bahkan jadi bahan perli

Tiba-tiba apa yang aku perkatakan itu terjadi

Di waktu ini engkau akan bersikap di antara satu daripada dua

Engkau akan menyerah diri dengan penuh malu

Atau kerana ego engkau terlalu tinggi, penentangan engkau akan teruskan

Di waktu ini engkau akan jadi Abu Jahal dan Abu Lahab

Kerana terlalu sakit hati, engkau akan berkata

Biar derhaka pun tidak apa

Hendak masuk Neraka pun tidak kiralah

Namun merujuk tidak sekali-kali

Sekali menentang akan terus menentang

Tak kira apa nak jadi

Tunggulah peristiwa ini akan terjadi atau akan berlaku

Aku tetap menunggu

Keyakinanku tetap kental tidak akan berubah insya-Allah

Sekarang sudah ada tanda-tanda di antara kamu yang sudah mula berubah

Sikap yang telah diambil selama ini telah menjadi serba salah

Fikiran telah mula berserabut, tidak tentu arah

Keluh-kesah dan gelisah telah mula menerpa jiwa

Kerana apa yang telah aku katakan sudah ada tanda-tanda hendak berlaku

Tunggulah insya-Allah ia akan pasti berlaku atau terjadi

 

Menjelang tidur

24.8.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer