warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tidak Lama Lagi Banyak Orang Rasa Kecewa







Tidak Lama Lagi Banyak Orang Rasa Kecewa





Tidak Lama Lagi Banyak Orang Rasa Kecewa

 

Tidak lama lagi banyak orang yang rasa kecewa

Rasa malu, rasa kesal, rasa marah dan geram

Satu perubahan politik dan sistem akan berlaku di dalam negara

Ada parti yang merasa kuat ingin berkuasa mengganti kuasa yang ada, amat kecewa

Rasa malu amat ketara, ada yang merajuk dan putus asa

Ada pemimpin yang berangan-angan hendak menjadi hero, malu dan tersipu-sipu di hadapan rakyat

Ada ulama-ulama yang telah menempa nama begitu confident untuk berjaya terasa jatuh air mukanya

Begitu malu dengan orang ramai, rasa hendak lari dari keramaian

Pengikut-pengikut parti yang selama ini riuh-rendah berjuang

Ingin menumbangkan kerajaan yang zalim dan yang melakukan sewenang-wenang

Aduh amat sakit hatinya, bercakap di sana bercakap di sini kerana kecewanya

Kerana tidak disangka-sangka orang yang tidak berparti yang berkuasa

Pemimpin yang selama ini semua golongan menghina dan menentang tiba-tiba berkuasa

Pemimpin yang telah dilupakan orang naik takhta

Aduh macam-macam rasa, marah, geram, kecewa dan putus asa

Tidak terfikir orang yang memimpin berlaku di luar dugaan

Tapi rakyat jelata ramai yang senang menerimanya

Pemimpin-pemimpin yang lama, makin lama, makin dilupakan orang

Parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang berangan-angan, malu hendak muncul di tengah ramai

Ada yang terus membawa diri dan menghilangkan diri

Tidak mampu lagi berhadapan dengan orang ramai

Kerana mereka dahulu orang yang sibuk menemui rakyat kerana ingin jadi hero

Tiba-tiba pemimpin yang mendiamkan diri yang ditabal

Begitulah kuasa Tuhan, boleh memberi kuasa sesiapa yang Dia suka

 

Lepas Asar

28.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer