warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tidak Ada Milik Manusia







Tidak Ada Milik Manusia




Tidak Ada Milik Manusia

 

Tidak ada milik manusia

Pijaklah bumi, di mana sahaja, bumi kepunyaan Tuhan

Dongaklah ke langit, lihatlah bulan dan bintang-bintangnya, semuanya ciptaan Tuhan

Hiruplah udara di waktu bila pun, udara kepunyaan Tuhan

Dengarlah apa sahaja, lihatlah kecantikan alam, semuanya Tuhan punya

Makanlah apa sahaja yang lazat, yang masam, yang manis nikmat dari Khaliqul Arzaq

Lihatlah diri sendiri

Adakalanya kita hairan diri sendiri kerana kebolehannya

Bukankah diri dan kemampuannya ciptaan Tuhan?

Lebih-lebih lagi jika seseorang itu dirinya cantik

Dia terpesona dengan kecantikannya

Apakah diri sendiri memberikannya kecantikan itu?

Sudah tentu Tuhan yang Maha Berkuasa menganugerahkannya

Duduklah di dalam rumah besar atau istana namanya

Bahan-bahan rumah itu siapa yang punya?!

Pembangun rumah itu siapakah yang memberi ilmu senibina itu?

Hingga mampu membina rumah yang indah tersergam gagah

Bukankah ilmu Tuhan yang diberikan sedikit kepadanya?

Isteri yang cantik, barang ciptaan Tuhan

Suami yang tampan anugerah-Nya juga

Bahkan apa sahaja yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh, makan, minum

Semuanya milik Tuhan Rabbul 'alamin  

Oleh itu mana milik kita?

Tidak ada milik kita!

Mengapa tidak bersyukur kepada-Nya?!

Patutnya kita tersungkur sujud kepada-Nya

Merendah dan menghina diri kepada-Nya tanda bersyukur kepada-Nya

 

5.8.2001

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer