warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tidak Ada Kehebatan Diri Kita







TIDAK ADA KEHEBATAN DIRI KITA




Tidak Ada Kehebatan Diri Kita

Dimana kehebatan dan keagungan kita ?!

Tidak makin sedar lagikah kita ?!

Apakah fikiran kita sudah mati,

hati kita sudah buta ?!

Empat puluh tahun kita berjuang

dengan gigihnya,

kejayaan demi kejayaan kita perolehi,

Dengan penuh bangga, sombong,

mendabik dada,

kita lah wira, kita lah penyelamat,

kitalah punya jasa,

banyak golongan kita cemek

Tidak kurang ada golongan yang kita hina,

konon mereka tidak buat apa-apa,

Bila datang kehendak Allah dan perintahnya,

orang beragama menganggap ini kerana kemurkaanNya,

kemajuan yang dibina 40 tahun hancur sekelip mata,

nilai mata wang pun ranap jatuh tersungkur

bursa saham nilainya jatuh tiada harga,

Allah arahkan tentera jerebu

menyerang negara membawa penyakit,

Ditahan awan jangan hujan,

Dihantar elnino terjadilah kemarau,

bumi gersang, tiada boleh ditanam apa-apa.

Tanaman yang ada habis musnah dan punah,

air tiada susah untuk minum,

bersuci dan mandi manda

resah gelisah rakyat di dalam negara,

kemalangan jalan raya terjadi berganda,

jenayah setiap hari meningkat,

pihak keselamatan pening kepala,

ditambah lagi dengan kedatangan pendatang haram

menyerbu negara

lagi membuatkan sesetengah pehak tidak rehat,

di selang seli pula dengan kejadian

bencana alam dengan tidak renti-rentinya

hutan terbakar

memusnahkan khasanah negara

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer