warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tiada Makhluk Abadi







Tiada Makhluk Abadi




Tiada Makhluk Abadi

 

Setiap hari kita lihat daun kering berguguran

Di atas pokoknya ada yang sedang menguning menunggu giliran

Begitu juga bunga-bunganya berjatuh-jatuhan di bumi setiap hari, terutama pagi

Sebelum jatuh, layu dahulu di atas pokoknya

Di jalan-jalan raya, di highway

Katak, tikus, ayam, kucing, ular dan bermacam-macam spesis mati

Menjadi mangsa kereta-kereta yang lalu di atasnya

Tidak kurang juga penghuni-penghuni kereta di jalan raya mati accident

Yang luka, yang patah, dalam kereta atau orang yang kena langgar di jalan raya terjadi di mana-mana

Pemandangan ini biasa sahaja kita lihat

Atau media massa setiap hari buat berita

Di hospital-hospital setiap hari berlaku kematian

Sebab-sebab kematian bermacam-macam cara, sangat mengerikan

Ada disebabkan sakit, bermacam jenis sakit yang menimpa mereka

Tidak kurang disebabkan kena langgar kereta di tepi jalan

Begitu pula dikeranakan accident,

atau jatuh gaung yang dalam

Beberapa banyak bangunan lama sudah tiada lagi

Di atasnya telah diganti dengan bangunan baru yang cantik dan tinggi

Penghuni-penghuni di bangunan yang lama pun juga tiada lagi

Di bangunan yang baru penghuni baru yang mengganti atau menghuni

Tidak kurang kawan lama, kenalan lama, sudah tiada lagi

Mereka mati mendahului kita, kita juga menunggu giliran tiada tahu masa

Entahkan pagi, entahkan petang, entahkan siang entahkan malam

Kematian kita pasti berlaku

Tempatnya tidak pasti (tahu)

Mungkin di rumah, di tempat kerja, di jalan raya, di shopping centre

Di hadapan keluarga, seorang diri, di hadapan kawan

Di hadapan orang yang tidak dikenali

Mati pasti tiba, cuma tempat, masa, caranya sahaja kita tidak pasti

Oh! Baru kita sedar Qiamat kecil-kecilan setiap hari berlaku

Menunggu Qiamat besar yang kita tidak tahu

Oh! Baru kita tahu tiada makhluk yang abadi

 

Selepas Asar

26.4.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer