warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Terhibur Menyembah Tuhan







Terhibur Menyembah Tuhan




Terhibur Menyembah Tuhan

 

Orang yang bertaqwa menunggu ibadah daripada satu ibadah itu kegembiraan

Yang hendak ditunggu itu ialah cinta agungnya iaitu Tuhan Penciptanya

Agar dari satu waktu ke satu waktu hendak disembah dan disanjung

Alangkah terhiburnya memuja dan menyembah idolanya yang dirinduinya

Menunggu cinta dari satu waktu ke satu waktu sangat ditunggu-tunggu

Tidak sabar rasa hendak menyembah dan memuja-Nya

Kerana di dalam penyembahan itu dia dapat bercakap-cakap dengan Tuhannya

Meminta, mengadu, bermesra dan bermanja-manja

Banyak persoalan hidup yang perlu diberitahu

Agar Tuhan selesaikan segala yang terbuku

Banyak perkara yang merbahaya minta dilindungi

Yang sedang terjadi minta diungkaikan

Di masa hadapan pinta pimpinan

Yang tidak tahu baik buruknya minta dijelaskan

Orang mukmin sungguh penting Tuhan itu di dalam kehidupannya

Kerana itulah ibadah, munajat, berdoa sesuatu yang didulukan

Di sanalah segala persoalan dirafakan kepada Tuhan

Mereka merasakan tanpa Tuhan tidak boleh hidup

Kepada mereka Tuhan sangat diperlukan

 

Menjelang tidur

17.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer