warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tempalah Sejarah, Pilihlah Mana Satu







Tempalah Sejarah, Pilihlah Mana Satu 




Tempalah Sejarah, Pilihlah Mana Satu

 

Namrud, Firaun telah menempa nama

Dengan kuasanya dan kekejamannya

Ditambah lagi dengan panjang umurnya

Ditokok lagi dengan kehebatan pembangunannya

Apatah lagi dengan keganasan dan kezalimannya

Dia tangkap manusia, dia jil, dia bunuh sesuka hatinya

Dia buang orang, dia asingkan orang yang tidak disukai

Dia sebat orang, dia rantai orang yang tidak mengikutnya

Begitulah tradisi dan budaya raja-raja

Atau orang yang berkuasa sejak zaman-berzaman

Atau pemerintah di dalam sejarah manusia

Berbeza sekali para rasul a.s.

Sejarah mereka amat gemilang dan cemerlang

Dibaca orang sepanjang zaman

Gemilang mereka bukan kerana pembangunan

Tidak juga kerana selalu tangkap orang dan penjarakan orang

Bukan juga kerana lama pemerintahannya

Kegemilangan mereka kerana kuat imannya

Ditambah lagi dengan akhlak mereka yang mulia

Kasih sayang mereka merata

Keadilan mereka menakjubkan dunia

Pemurah mereka tidak ada tandingannya

Tempalah sejarah, pilihlah mana satu yang hendak kita ikut

Seperti sejarah raja-raja atau sejarah para rasul

Tepuk dada tanyalah selera

 

Selepas Asar

2.6.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer