warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Taqwa Aset Maknawi Ke Akhirat







Taqwa Aset Maknawi Ke Akhirat 





Taqwa Aset Maknawi Ke Akhirat

Bertaubat mengembalikan kebersihan maknawi dan rohani jasad

daripada najis maknawi dan rohani yg tidak dapat dilihat

Najis yang tidak nampak dipandang oleh mata lahir tapi bahaya

Kembali bersih Tuhan kasih

Kalau kotor lagi bersihkan lagi dengan bertaubat

Ketentuan Tuhan kepada kita kenalah redha

Redha ertinya boleh menerima dengan senang hati tidak sedikit pun sakit hati

Di situlah keredhaan Tuhan

Redha Tuhan sangat mahalnya

Bukan senang hendak mendapatkan keredhaan Tuhan di dalam kehidupan

Sabar ertinya tahan menderita menerima ujian daripada Tuhan  

daripada sebarang yang kita tidak suka

Sekalipun terasa sakit dan peritnya perasaan, namun tidak sampai keluh-kesah

dan hilang pertimbangan

Kita tetap tenang di samping mengingatkan dosa-dosa

mengapa Tuhan menghukum kita dengan kesusahan

Sabar juga adalah kasih sayang Tuhan pada hamba-hamba-Nya

Pahalanya juga besar kerana diberi ganjaran tanpa hisab

Mengorbankan hak kita kerana Tuhan di situlah pahala dan keredhaan-Nya

Biasanya hak selalu sahaja manusia pertahankan

Mempertahankan hak selalu sahaja menjadi masalah kepada manusia di dalam kehidupan

Kerana hak selalu sahaja berlaku perselisihan dan pergaduhan

Ada orang korbankan hak di situlah keredhaan Tuhan sedangkan orang lain pertahankan

Seperti hak masa, hak harta, hak tenaga, hak giliran, hak perasaan

Seberapa banyak hak seseorang yang sanggup dikorbankan

Itu adalah manusia luarbiasa, wira di dalam pandangan Tuhan bukan manusia

Korbankan hak adalah sifat bertolak ansur

Korbankan hak ada unsur-unsur berlapang dada dan jiwa terbuka

Korbankan hak memberi manusia atau orang lain gembira

Korbankan hak ramai orang yang senang dan suka

Orang yang sanggup korbankan hak, orang yang tidak ada kepentingan peribadi di dunia

Korbankan hak boleh melahirkan kasih sayang sesama manusia

Alangkah besar pahala orang yang sanggup mengorbankan hak-haknya

Mujahadah adalah sifat yang Tuhan suka

Mujahadah itu terseksa kerana Tuhannya

Terseksa kerana memaksa diri dan perasaan membuat yang dia tidak suka

kerana Tuhan mencintainya

Terseksa kerana memaksa diri dan perasaannya meninggalkan apa yang dia suka

kerana keredhaan Tuhannya

Bermujahadah Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan kebaikan kepada hamba-hamba-Nya

Bermujahadah dianggap orang yang membuat baik,

Tuhan suka orang yang membuat baik

Bermujahadah ertinya sanggup melawan hawa nafsu

sedangkan orang lain tidak mampu melakukan

Bermujahadah adalah satu gelanggang  perjuangan yang lebih besar  

sekalipun ruang lingkupnya sempit daripada berjuang melawan musuh lahirnya

Bermujahadah melawan nafsu ramai orang yang gagal sekalipun para pemimpin

dan ulama

Kerana itulah orang yang kuat bermujahadah adalah wira Tuhan bukan wira bangsa

Tapi tidak glamor, tidak ada nama kerana manusia tidak tahu, hanya Tuhannya

Siapa yang hendak menjadi wira Tuhan bersungguh-sungguhlah melawan hawa nafsunya

Dia adalah wira Akhirat bukan  wira dunia

Segala yang telah disebutkan tadi ia adalah sebahagian sifat taqwa

Sifat taqwa adalah harta benda, kekayaan, aset yang bersifat maknawi dan rohani

untuk bekalan di Akhirat sana

Sekianlah adanya

 

10.8.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer