warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tanggungjawab Pemimpin







Tanggungjawab Pemimpin




Tanggungjawab Pemimpin

 

Kalau kita bertani, menanam berbagai jenis pokok buah-buahan, buahnya tidak menjadi

Atau buahnya menjadi tapi masam atau berulat

Memungkinkan itu boleh berlaku, kerana tidak pandai memilih benih, tidak pakar, bagaimana cara menanamnya

Di sudut lain, mungkin tidak pandai memilih baja atau tidak pandai menggunakan baja

Selain itu mungkin musuh-musuhnya tidak dijaga, seperti berbagai-bagai jenis serangga

Kalau buahnya tidak menjadi atau buahnya rosak, orang tidak menyalahkan benih atau buah, atau pokok

Biasanya orang menyalahkan tuan punya pokok, dia tidak pandai menanam atau

tidak pandai menjaganya atau tidak pandai mengurusnya

Begitulah kalau rakyat sudah rosak atau murid  sudah rosak

orang tidak salahkan rakyat atau murid

Orang akan menyalahkan guru dengan sistem pendidikan dan menyalahkan pemimpin dengan sistem negaranya yang sudah rosak

Murid adalah mereka kena corak, begitu juga rakyat mereka adalah kena corak

Guru dan pemimpinlah yang mencoraknya berdasarkan system yang berjalan bersamanya

Kerana itulah Hadis ada berkata “Setiap pemimpin akan ditanya orang yang di bawah pimpinannya”

Bukan murid yang ditanya dan tidak juga rakyat yang kena tanya

Janganlah kita mahu lari daripada hakikat ini

Jangan cuba berdolak-dalik dengan realiti dan kenyataan ini

Jangan cuba lempar batu sembunyi tangan

Jangan cuba lari dari tanggungjawab ini

Hadapilah tanggungjawab dengan realiti yang sebenar, jangan lain penyakit

lain pula yang hendak diubat

Guru dan pemimpin bukankah mencorak masyarakat?

Bukan masyarakat mencorak guru dan pemimpin

Ibu dan ayahlah yang mencorak anak-anaknya bukan anak-anak mencorak ibu bapanya

Kalau kita faham hakikat ini penyakit masyarakat mudah diubat

Tidak seperti sekarang ini penyakit masyarakat semakin parah,

ubatnya belum juga dapat dan tepat

Kita masih mencari-cari ubat yang tepat belum juga dapat

Janganlah kita berbohong dengan diri kita sendiri

Tuhan sedang memerhati, mana mahu lari, ia akan dipersoal hingga ke Akhirat

negara yang abadi

 

4.2.2004 – 3

Menjelang Maghrib / Selepas Isyak

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer