warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tamadun Insaniah Punah Ranah







Tamadun Insaniah Punah-Ranah




Tamadun Insaniah Punah-Ranah

 

Kemampuan yang Tuhan anugerahkan kepada manusia sungguh luar biasa

Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuat-Nya

Di masa yang sama akhlak runtuh, punah-ranah separas bumi

Bangunan-bangunan yang dibina pencakar-pencakar langit

Tapi ego dan kesombongan manusia setinggi langit

Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway

Tapi jiwa-jiwa manusia telah sempit

Berjalanlah manusia di atasnya himpit-menghimpit

Ramai yang hatinya sakit

Manusia sudah terlalu pandai

Berbagai-bagai alat-alat kemudahan hidup yang canggih-canggih diciptanya

Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa

Tapi di masa yang sama budi bahasa sudah tiada

Satu sama lain curiga-mencuriga

Dengan alat-alat perhubungan yang canggih, dunia sudah dekat dan sempit

Semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di negara di dunia ini dengan cepatnya

Tapi dengan kemudahan bertemu ini

Kemungkaran dan maksiat amat pesat

Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDS menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya

Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya amat menonjol

Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terbilang

Tapi di waktu inilah manusia khianat, curang, penipu dan pembohong

Hingga susah hendak dipercaya pada seseorang

Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang dan hilang keyakinan

Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan

Tapi tamadun insaniah sangat rendah bahkan telah punah-ranah

Kerana itulah manusia semua golongan sudah hidup di dalam ketakutan

Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan

Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari

Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia

Ditambah lagi dengan tuduh-menuduh, kata-mengata, fitnah-memfitnah lumrah berlaku

Serang-menyerang, peperangan sudah jadi budaya antarabangsa

Kaum wanitanya sudah berpelajaran

Sama-sama menyumbang membuat kemajuan

Tapi di masa yang sama sifat malunya punah-ranah

Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah

Lahirlah budaya bebas, budaya zina, budaya lepak-melepak

Dunia sungguh indah dan cantik

Tapi penyakit masyarakat sudah kronik

 

Lepas Asar

17.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer