warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Takutilah Dosa Kecil Atau Besar







Takutilah Dosa Kecil Atau Besar




Takutilah Dosa Kecil Atau Besar

 

Takutilah dosa, kecil atau besar

Ia adalah bala bencana yang paling besar di dunia dan di Akhirat

Kerana dosa-dosa terputus hubungan dengan Allah yang Maha Esa

Kemurkaan Allah pun menimpa kita

Dengan dosa-dosa terhijab kita dengan Allah yang Maha Berkuasa

Tertolak doa kita, ibadah tidak ada lagi berharga

Lantaran dosalah segala bentuk kesusahan dan yang menakutkan berlaku di dunia Sebagai hukuman kepada manusia

Di Akhirat apatah lagi Neraka padahnya

Penderitaan yang tiada bandingan dan tiada taranya

Takutilah dosa walaupun sekecil-kecilnya

Ia adalah menjadi hijab di antara hamba-hamba dengan Tuhannya

Kerana dosa-dosa hamba-hamba Allah pemimpin yang zalim Tuhan beri kuasa

Sebagai hukuman kepada mereka

Agar manusia kembali kepada Tuhannya

Dosa-dosa kecil dan besar adalah amat dahsyat

Lebih dahsyat daripada segala bala bencana

Jauhilah dosa kecil atau besar

Apabila berlaku bertaubatlah segera

Sebelum Tuhan membalas ke atas kita

Jauhilah dosa, kerana ia adalah merupakan kemalangan yang paling besar dan dahsyat

Perihatinlah dengan dosa

Agar kita sentiasa mengawasinya

Moga-moga kita terhindar darinya

  

12.7.2001

Selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer