warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Takutilah Allah







Takutilah Allah




Takutilah Allah

 

Takutilah Allah kerana Dia adalah pencipta kita

Takutilah Tuhan kerana Dialah yang menghukum kita

Takutilah Allah kerana Dialah yang menentukan nasib kita

Takutilah Tuhan, bukan takut dengan Neraka-Nya

Takutilah Tuhan agar lahir rasa kehambaan

Takutilah Allah, apa yang ditakuti terhindar sama

Takutlah Tuhan supaya rasa bertuhan subur di jiwa

Jika rasa bertuhan wujud, automatik rasa kehambaan wujud sama

Tuhan perintahkan kepada kita

Hendaklah takuti Zat-Nya yang Maha Esa

Kerana Dialah yang menghidup dan mematikan kita

Dialah yang mendatangkan kesenangan dan kesusahan kepada kita

Dialah yang memberi nikmat dan Dia juga yang menarik nikmat

Dialah yang mensihatkan kita dan Dia juga yang mensakitkan kita

Pada Tuhan ada mempunyai kuasa dan kehendak yang mutlak

Kecut perut kita kalau kita faham tentangnya

Menggeletar jiwa kita bila kita mengenal kuasa-Nya

Kerana itulah Tuhan sahaja yang patut kita takut

Mengapa kita mesti takut dengan makhluk-Nya?

Takutkan Allah menyelamatkan kita daripada takut kepada segala-galanya

Kerana itulah kita perlu takutkan Allah sahaja

Orang takutkan Allah, takkan Tuhan hendak mengazab ke dalam Neraka-Nya

Neraka itu untuk orang yang tidak takut dengan Tuhan

 

Menjelang tidur

11.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer