warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tahukah Engkau Siapa Yang Engkau Sembah







Tahukah engkau siapa yang engkau sembah?




Tahukah Engkau Siapa Yang Engkau Sembah?

 

Tahukah engkau siapa yang engkau sembah?

Dengan siapa engkau kerjakan, meminta, bermunajat dan meluahkan rasa hati engkau di waktu

sembahyang?

Iaitu Tuhan yang menjadikan engkau dan menentukan hidup mati engkau

Tuhan yang menentukan nasib engkau, nasib di dunia mahupun di Akhirat

Tuhan yang menentukan rezeki engkau berapa banyak sepanjang umur engkau

Allah yang menjadi Tuhan yang menentukan sakit dan sihat engkau

Sakit ringan atau sakit berat, berapa kali sakit dan berapa kali sihat sepanjang hayat engkau

Tuhan yang mentakdirkan engkau miskin atau kaya, setakat mana kemiskinan itu dan setakat mana kaya

Tuhan yang menentukan berapa kali mendapat ujian dan berapa kali pula mendapat nikmat atau rahmat

Ujian yang macam mana dan nikmat dan rahmat yang macam mana pula

Tuhan yang mentakdirkan setakat mana ilmu engkau dan ilmu apa yang diberi kepada engkau

Tuhan yang menentukan engkau berkahwin atau tidak, kalau berkahwin dengan siapa dan berapa orang anak

Isteri itu pula taat atau derhaka begitu juga anak-anak

Tuhan yang menentukan senang dan susah sepanjang hidup engkau

Senang setakat mana dan susah pula setakat mana

Tuhan itulah juga yang menentukan tempat tinggal engkau di bumi mana, dan di negara mana

Rumah yang selesa atau rumah yang sebaliknya

Tuhan itulah yang mencatu berapa bilion kali nafas engkau turun naik

Dan Tuhan itulah juga akhirnya menentukan kematian engkau di mana dan bagaimana

Mati kerana apa, kerana sakit, terjatuh, lemas, dilanggar kereta, ditembak petir, kena bom

Mati di dalam beriman, mati kafir atau mati fasik

Kalau engkau sedarlah yang engkau sembah itu begitulah kekuasaan, kehendak dan pentadbiran Tuhan engkau

Apakah perasaan engkau di waktu itu?

Tidak kecutkah hati engkau?

Tidak bimbangkah jiwa engkau?

Tidak rusuhkah perasaan engkau?

Kalau engkau tidak terasa apa-apa di waktu engkau menyembah-Nya

Ertinya engkau hanya membawa badan tidak membawa jiwa bersama

Kalau begitu engkau bukan menyembah tapi bersenam

Engkau bukan beribadah tapi engkau beriadhah.

 

28 Muharam 1421

Selepas Asar -1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer