warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Tabiat Semulajadi Manusia Kenal Tuhan







Tabiat semulajadi manusia kenal Tuhan




Tabiat Semulajadi Manusia Kenal Tuhan

 

Tabiat dan watak semulajadi manusia adalah mengenal Tuhan, mencintai dan takut kepada-Nya

Begitulah apa yang telah terjadi di alam arwah

Tapi manusia ini boleh hilang rasa cintanya dan takutnya kepada Tuhan dan terus hilang rasa bertuhan

Jika dari kecil lagi dia dipisahkan dengan Tuhannya

Ertinya apabila lahir sahaja ke dunia sudah tidak dikenalkan lagi kepada Tuhan, cinta dan takutnya sudah tidak ada

Sebagai contoh kita datangkan di sini untuk mudah difaham

Seorang bayi lahir-lahir sahaja diserahkan kepada seorang ibu angkat

Setelah dewasa atau tua barulah dikenalkan kepada ibunya yang sebenar

Dia boleh percaya bahawa itu adalah ibunya

Tapi kasih sayangnya kepada ibunya sudah tidak ada

Kerana dari kecil lagi terpisah tidah pernah diperkenalkan kepada ibunya

Begitulah kalau manusia itu dari kecil lagi tidak kenal Tuhan

Setelah dewasa atau tua barulah diperkenalkan kepada Tuhan

Dia percaya adanya Tuhan tapi cinta dan takut kepada Tuhan tidak ada

Begitulah merbahayanya manusia ini kalau tidak dikenalkan Tuhan dari kecilnya

Hanya dikenalkan setelah dewasa atau tua

Cinta dan rasa bertuhan tidak ada

Rasa bertuhan tidak menghayati jiwanya

Kalaupun beribadah tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadinya

Ibadah yang tidak dapat melahirkan akhlak yang mulia

Yang tidak boleh jadi benteng dari maksiat dan kemungkaran

Ibadah yang tidak boleh merubah perangai dari jahat kepada baik

Kerana itulah manusia perlu kenal Tuhan sejak kecil lagi

Agar bukan sahaja dia percaya Tuhan tetapi supaya dia cinta dan takut kepada-Nya

 

2 Safar 1421

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer