warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Taat Setia Bukan Boleh Dipaksa Paksa







Taat Setia Bukan Boleh Dipaksa-Paksa




Taat Setia Bukan Boleh Dipaksa-Paksa

 

Taat setia bukan boleh dipaksa-paksa dan diminta-minta

Juga kasih sayang bukan boleh ditagih, diarah-arah dan dirayu-rayu

Ia adalah persoalan batin dan hati manusia

Taat setia dan kasih sayang ada sebab-sebabnya

Ada faktor-faktor yang tertentu yang menyebabkan berlakunya

Kalau seseorang yang zalim, ego dan sombong

Fitrah semulajadi manusia automatik benci dan menolaknya

Kalau seseorang kasar dan kesat bahasanya dan tidak kasih kepada orang

Mudah terjadi hilang kasih sayang dari jiwa manusia

Taat setia bukan persoalan fizikal

Juga kasih sayang bukan persoalan fizikal dan luaran

Tapi ia adalah persoalan dalaman dan kejiwaan

Hati dan jiwa manusia, ia dengan sendiri faham

Sekalipun tidak pernah masuk ke sekolah dan mempunyai pelajaran

Dia tahu sahaja siapa yang mesti ditaati

Dan siapa yang patut diderhakai

Juga dia faham, kepada siapa yang dia hendak berkasih sayang dan yang patut dibenci

Kalau kita ingin ditaati

Tidak payah diminta-minta atau digesa-gesa

Juga kalau ingin dikasihi tidak payah ditagih dan diminta-minta

Betulkan diri kita dan berakhlak mulialah

Orang akan memberi taat setia

Walaupun tidak diminta

Juga orang akan memberi kasih sayang

Sekalipun kita tidak menagihnya

Jika orang tidak taat dan setia

Janganlah salahkan orang

Kalau orang tidak memberi kasih dan sayang

Jangan marahkan sesiapa

Salahkanlah diri sendiri dan betulkanlah diri

Kerana hati dan jiwa tidak pernah berdusta

Ia faham kepada siapa sepatutnya memberi kasih sayang dan taat setia

 

Menjelang tidur

26.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer