warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Syirik Khafi







Syirik khafi




Syirik khafi

 

Syirik yang tidak disedari atau menyengutukan Tuhan

syirik dengan kemampuan dan kebolehan seseorang

Maha Suci Tuhan daripada bersekutu dengan apa sekalipun

Ada orang merasakan kelulusan akulah yang aku menjadi istimewa

Ada pangkat, ada kekayaan, ada nama dan glamor

Padahal itu anugerah Tuhan, pangkat dan jawatan kurniaan Tuhan,

mengapa orang begitu pandai tidak kenal Tuhan?!

Ada orang merasakan kekuasaankulah yang aku boleh buat kemajuan

Kalau bukan aku kemunduran masih menimpa bangsa dan negara dan serba ketinggalan

Dia lupa kuasa itu Tuhan yang berikan, kemajuan itu adalah bahan dari ciptaan Tuhan

Dia telah syirik khafi dengan Tuhan

Ada orang yang merasakan dirinya kekayaan akulah yang menjadikan aku senang

Tanpa kekayaan aku mesti malang

Dia lupa kekayaan itu dari Tuhan lahirnya dia dapat dari usaha,

usahanya bukankah anugerah Tuhan?!

Tanpa dia sedari dia telah syirik dengan Tuhan

Lantaran itulah mereka-mereka ini Tuhan sedarkan kalau mahu sedar dengan berbagai-bagai cara yang menyusahkan mereka

Ada orang bawahan tidak mahu taat, di belakang mereka mengata, mana dia ada kuasa?

Ada orang anak isteri buat ragam, fikiran terganggu jiwa tidak menentu manalah kehebatannya? Mana kuasanya?!

Ada orang tidak berbangga dengan jasanya bahkan mengata pula, aduh sakitnya hati, jasanya tidak dikenang orang kata ada kuasa?!

Itukan menunjukkan kejayaan itu bukan oleh kita atau olehnya tapi oleh Tuhan

Itu adalah membertahu bahawa kejayaan seseorang itu adalah kejayaanAllah menggunakan tenaga seseorang

Bukalah tenaga seseorang itu yang membuat kejayaan

Kalau benarlah ada kuasa mengapa tidak halang sahaja penyakit yang akan menimpa

Padahal hati kecil kita merasa ada kuasa, mana kuasa kita? Janganlah tipu diri sendiri!

 

27.6.2003 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer