warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Susahnya Mencari Kebenaran Di Akhir Zaman







Susahnya mencari kebenaran di akhir zaman





Susahnya mencari kebenaran di akhir zaman

 

Alangkah susahnya mencari kebenaran, di akhir zaman

Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain

Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat

Orang munafik menuduh orang lain munafik yang tidak munafik

Orang yang sudah sesat, menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat

Teraniayalah orang yang tidak munafik, terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid’ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah

sebagai pembuat bid’ah

Kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah, yang mengikut As Sunnah

dipercayai orang ramai pembuat bid’ah

Teraniaya pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid’ah

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik

Kerana orang yang baik terlalu sedikit, mereka terpinggir,

terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai  

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka

Rakyat jelata walaupun benar, cakapnya tidak ada harga,

tidak diambil kira, sekalipun dia seorang yang soleh

Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah

Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?!

Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul

Sungguh susah hendak mencari kebenaran,

macam hendak mencari gagak putih atau merah

Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran

Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau

Ya Allah selamatkan kami!

 

27.5.2003 – 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer