Susahnya Memperjuangkan Islam
Susahnya Memperjuangkan Islam
Alangkah susahnya mengamalkan Islam dan memperjuangkannya di akhir zaman
Penentang-penentang kebenaran sama ada secara individu
mahupun secara jemaah mereka menentang atas nama Islam
Mereka menentang dan menghalang kononnya untuk memurnikan Islam
Sedangkan di akhir zaman umat Islam
rosaknya mereka telah merata dan semua aspek pula
Yang membawa kebenaran terlalu sedikit,
ibarat antah di dalam beras
Akibat dari itu pembawa kebenaran dianggap sesat,
yang ramai dianggap membawa kebenaran
Tidak seperti di zaman Rasulullah dan para Sahabat,
penentang-penentang kebenaran adalah bukan orang Islam
Oleh itu kebenaran dan yang bukan kebenaran,
kedua-duanya terserlah
Kebenaran mudah difaham dan kesesatan pula jelas dan terang
Umat Islam di waktu itu tidak terkeliru
Aduh ! Susah dan sulit sekali memperjuangkan Islam di akhir zaman
Kerana penentang-penentangnya dari kalangan umat Islam sendiri
terutama dari pihak pemerintahnya
Lebih-lebih lagi jemaah perjuangan yang menggelarkan jemaahnya
memperjuangkan Islam di akhir zaman terlalu banyaknya
Orang-orang Islam awam yang sudah jahil dengan ajaran Islam terkeliru dibuatnya
Maka umat Islam pun bertambah berpecah-pecah,
akhirnya berbalah dan membawa peperangan yang memusnah
Wah ! Hendak pulihkan semula amat susahnya,
hendak lihatkan kebenaran sulit benar
Ditambah lagi pula kerosakan itu telah berlaku merata-rata kepada ulama-ulamanya
Ulama-ulama yang sudah rosak itulah yang menjadi penentang dan penghalang
Lagilah orang ramai bertambah terkeliru dan bingung di dalam mencari kebenaran
Tuhan ! Segerakanlah lantiknya pemimpin yang Engkau tunjuk untuk penyelesaian
Di awal kurun ini Engkau ada berjanji
ada pemimpin yang engkau datangkan
Datangkanlah segera Tuhan, janganlah berlama-lama,
umat telah rosak binasa.
4.12.2002-1
Selepas Subuh
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 922 reads
Post new comment