warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Susahnya Berlaku Ikhlas







Susahnya Berlaku Ikhlas





Susahnya Berlaku Ikhlas

 

Hendak berlaku ikhlas adalah sangat susahnya

Cuba-cuba ikhlas dengan sesungguh-sungguhnya payah juga

Walaupun kita cuba ikhlas kerana Allah semata-mata tersangkut juga kerana lainnya

Cuba ikhlas kerana Allah, terselit sedikit kerana nama

Ada juga kerana Allah terselit juga kerana apa atau jangan kata orang pada kita

Ada juga kerana Allah, kerana kehidupan tercampur juga

Nampaknya buat bersyariat hati ada kerana selain Allah juga

Lahir bersyariat rupanya  di dalam hati tidak bersyariat

Luar dengan dalam tidak sama

Adakalanya buat kerana Allah lebih kurang sahaja bila orang tidak ada

Apabila ada orang lebih elok amalan nampak lahirnya

Kerana Allah lebih kurang, ada orang kemas nampaknya mesti ada maksud yang tersirat

Buat kerja-kerja Tuhan apabila seorang bermalas-malas aja,

apabila ramai nampak rajinnya

Mengapa waktu ramai rajin?

Di sinilah kita menjadi tanda tanya, mesti di dalam hati ada apa-apa

Apabila dipuji buat kerja Tuhan rajin, kalau tidak dipuji main-main

Mengapa ada perbezaan di antara dua suasana itu?

Mestilah ada apa-apa

Perbuatan yang sama kualitinya berbeza mengapa?

Ada perbezaan itulah yang menjadi  tanda tanya

Mestilah di dalam hati ada yang tidak kena

Sungguh susah hendak ikhlas kerana ia kerja hati

Ikhlas adalah roh atau nyawa ibadah

Ibadah tidak ada nyawa ibadah yang mati

Ibadah yang mati ibadah yang telah menjadi bangkai

Apakah ibadah bangkai hendak dipersembahkan kepada Tuhan?

Masing-masing boleh menjawabnya

 

29.7.2004 2

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer