warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Susah Mencari Sahabat







Susah Mencari Sahabat




Susah Mencari Sahabat

 

Di akhir zaman, di zaman moden, di zaman sains teknologi

Susah mencari sahabat

Sejak dari zaman persekolahan

Disambung di zaman dewasa

Berterusanlah ke zaman tua, sahabat sentiasa bertukar ganti

Bersahabat  payah hendak kekal sampai ke mati

Ia sentiasa silih berganti

Ada yang datang ada yang pergi

Yang pergi tidak datang lagi

Yang datang bilakah hendak lari?!

Susah mendapat sahabat yang kekal sampai mati

Bersahabat tidak menentu

Ada yang setakat zaman persekolahan

Habis persekolahan habislah persahabatan

Ada yang setakat sebelum berkeluarga

Setelah beristeri, sahabat lari tidak tahu mana pergi

Kalaupun tahu dia tidak sudi bersahabat lagi

Ada yang setakat sebelum bekerja

Setelah bekerja dia pun lari

Kalaupun bertemu tidak semesra dulu

Jika hendak dirapati semula dia lari-lari

Ziarah-menziarahi jauh sekali

Adakalanya putus persahabatan kerana berlainan ideologi

Kita Parti A, dia Parti B

Rindu-merindui sudah mati berkubur sama sekali

Adakalanya putus persahabatan, kedudukan tidak selari

Satu orang besar, satu orang kecil

Yang seorang rasa terhina untuk bertemu

Yang seorang lagi rasa malu untuk didekati

Haluan masing-masing engkau engkau, aku aku

Satu ke hilir, satu ke hulu

Yang satu menjaga status

Yang satu lagi rasa tidak kufu

Satu helang, satu pipit

Begitulah berlaku di seluruh negara, bahkan dunia

Persahabatan tidak mahu kekal sampai ke mati

Di dalam suasana beginilah kita membangun

Di dalam keadaan tautan hati telah mati, kita sedang maju

Apakah kemajuan dan pembangunan boleh menyelamatkan kita dalam keadaan begini!?

 

Selepas Subuh

20.5.97 (12 Muharram 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer