warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sungguh Susah Menjaga Hati







Sungguh Susah Menjaga Hati




Sungguh Susah Menjaga Hati

 

Sungguh susah menjaga hati

Sangat mudah tergelincir kepada dosa yang tidak disedari ia amat seni

Kejahatannya amat halus, payah hendak dikesani, kecuali para Rasul dan Nabi,

sedikit daripada wali

Sedikit sahaja kita boleh membuat kejayaan, hati mula berbunga, rasa luar biasa,

tidak rasa berdosa

Kalau ada orang lain yang lemah, mulalah hendak mengata dan menghina, tanggungjawab tidak ada

Cakap-cakap besar pun bermula, menyanjung-nyanjung diri secara langsung mahupun tidak langsung menjadi ucapan lidah

Mulalah membentak-bentak orang yang lemah, adakalanya mudah kita memberi malu di hadapan khalayak

Jika kita yang lemah, membuat kejayaan tidak mampu, mulalah menghina diri dengan manusia yang berjaya

Rasa malu, rasa kecewa, hasad dengki pun mula berbunga

Kalau tidak kuat mujahadah, orang yang berjaya akan menjadi sasaran kita

Begitulah sifat hati mudah sahaja hendak riyak

Mudah sahaja hairankan diri, rasa lebih, rasa boleh

Kadang-kadang di waktu kita mengatakan jangan riyak, di waktu itu kedatangan riyak

Ketika menyebut ikhlas, di waktu itu tidak ikhlas

Di waktu kita mengatakan tentang sombong, di masa itu kita sombong

Begitu susahnya menjaga hati

Rasa kecewa, rasa hina kepada manusia, rasa putus asa

Suluhlah hati dengan mata hati

Agar mudah terlihat dosa-dosa yang halus tapi besar di sisi Allah

 

22.2.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer