warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sudah Banyak Air Mata Yang Tumpah







SUDAH BANYAK AIR MATA YANG TUMPAH




Sudah Banyak Air Mata Yang Tumpah

 

Sudah berapa banyak air mata yang kita tumpahkan

Entah berapa kali air mata kita menitis

Kalau dikumpulkan air mata semuanya

Mungkin mengalir membanjiri dunia ini

Air mata menitis

Dilanda sedih

Sedih dibiarkan suami

Sedih kehilangan suami

Sedih hidup tersisih

Sedih hidup sengsara

Sedih kehilangan harta  

Sedih kerana papa kedana

Sedih ditimpa bala bencana

Sedih dikata dan difitnah

Sedih tidak kesampaian cita-cita

Tapi, tapi....

Di mana air mata sedih yang mengalir kerana dosa?

Di mana titisan air mata takutkan neraka?

Ke mana perginya air mata terharu

Mengingati rahmat Tuhannya

Air telaga hidayah di hati telah kering-kontang sebenarnya

Kerana sudah lama dilanda kemarau

Hujan iman dan taqwa

Sudah lama tidak turun

Hati telah lama gersang

Bilakah air telaga hati yang jernih

Akan mengalir ke mata

Berguguran ke bumi?!

Pembawa keinsafan yang abadi

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer