warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sombong Penghalang Perpaduan







Sombong penghalang perpaduan




Sombong penghalang perpaduan

 

Penyakit sombonglah yang memporak-perandakan dunia

Dari sakit sombonglah manusia menderita dan sengsara

Dari sifat sombong lahir hasad dengki

Beberapa ramai orang yang teraniaya dari hasad dengki seseorang

Dari sifat sombong lahirlah sifat pemarah yang tidak dapat dikawal

Berapa ramai pula orang yang dapat malu atau terseksa dari kemarahan seseorang

Dari sifat sombong lahirlah tidak mahu menerima kebenaran seseorang

Ramai pula orang yang teraniaya dari dendam kesumatnya yang tidak dapat dikawal dan ditahan

Dari sifat sombonglah lahirlah sifat menghina dan mencerca orang terutama orang bawahan

Beberapa ramai pula orang yang dapat malu dan terhina dan jiwa derita

Dari sifat sombong seseorang ada kuasa sedikit sahaja lahirlah sifat bangga, rasa ada kuasa, rasa mulia memandang orang lain hina

Maka dijatuhkanlah maruah orang sesuka hati, menghina orang, memalukan orang, membuat arahan sewenang menganggap orang tidak berguna

Ramai pula orang sakit hati, benci, dendam, marah, menunggu peluang hendak membalasnya

Dari sifat sombong lahirlah tidak taat, tidak mahu patuh, susah hendak didisiplinkan

Ibu bapa, guru, pemimpin pula selalu sakit hati

Rasa tercabar, tentu marah kalau mereka sombong pula akan bertindak semberono dan melulu atau sesuka hati

Maka haru-birulah berlaku, perpecahan menjadi-jadi, kasih sayang punah-ranah

Dari sifat sombong lahirlah sifat tidak boleh dicabar atau tidak boleh orang lain lebih maka dia mencabar pula dan membalas dendam

Beberapa ramai pula manusia teraniaya menderita dan sengsara kerananya

Dari sifat sombonglah hilang kasih sayang, hilang persaudaraan, hilang rasa bersama, tidak ada kerjasama, perpaduan pun hilang

Hilang bahagia, timbul ketakutan, prejudis sesama manusia, harmoni tidak ada

Sepatutnya para pemimpin dan ulamak mendidik manusia menghilangkan penyakit sombong

Jangan hanya ajak manusia bersatu dan berpdu

Penghalang perpaduan dan persatuan adalah penyakit sombong tapi dibiarkan

Itulah yang terjadi di dunia hari ini manusia terseksa kerana sifat sombong

 

28.6.2003 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer