warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Sohibuz Zaman







Sohibuz Zaman




Sohibuz Zaman

 

Setiap masa ada Sohibuz Zaman

Ertinya orang yang menguasai di zamannya

Begitulah ketentuan dari Allah Taala setiap zaman

Sebagai rahmat Allah kepada umat khususnya umat Islam

Sohibuz zaman ada dua kategori

Sohibuz zaman di awal kurun adalah mujaddid laksana kedatangan rasul di zaman adanya rasul

Kalau bukan di awal kurun dia adalah Ghaus

Ketua wali di zamannya

Dia adalah laksana nabi di zaman adanya nabi

Pimpinan mujaddid adalah memimpin lahir dan batin manusia

Pimpinan ghaus adalah secara batin dari berkatnya

Mujaddid yang menonjol padanya adalah perjuangan, mindanya dan pimpinannya

Tapi ghaus yang menonjol padanya adalah ibadahnya dan zuhudnya

Apa maksud sohibuz zaman?

Iaitu orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya

Dan yang sangat mendalam rasa bertuhan dan rasa kehambaannya

Yang sangat mendalam tentang ilmu hati manusia

Dia dapat ilham dari Tuhan

Sangat faham mendidik manusia dan memberi kesan

Peristiwa-peristiwa di zamannya dia sangat faham

Sekali-sekala mendapat berita ghaib dari Tuhan

Yang diberitakan oleh Nabi kepadanya

Dia sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala

Bahkan dia adalah orang yang paling bertaqwa di zamannya

Sebagai anugerah Tuhan kepadanya

Kedatangan sohibuz zaman ramai yang tidak kenal

Kecuali sedikit di kalangan umat Islam

Bahkan manusia menimpakan kesusahan kepadanya

Padahal secara tidak disedari dia membawa berkat

Manusia di zamannya mendapat berkat daripadanya

Dengan sebabnya mereka diberi rezeki dan dibantu

Mungkin ada orang dimurahkan rezeki disebabkannya

Mungkin ada orang mendapat keselamatan kerananya

Tidak kurang juga ada orang yang mudah mendapat ilmu kerana berkatnya

Ada orang yang dijauhkan bala bencana kerananya

Doanya kabul, orang boleh bertawasul kepadanya

Kerana Allah Taala hendak memperlihatkan kemuliaannya kepada manusia

Kedua-dua peringkat sohibuz zaman itu masing-masing diberi karomah oleh Tuhan

Biasanya karomah yang berlaku kepada mujaddid banyak yang bersifat maknawi dan rohani

Seperti mindanya, kesabarannya, keberaniannya, mudah orang jatuh hati, doanya, perjuangan dan strateginya yang tepat

Berlainan sekali karomah yang berlaku kepada ghaus

Karomah mereka banyak yang bersifat lahir atau zahir

Seperti berjalan di atas air, duduk di udara, menunggang harimau, makanan terhidang tanpa mengusahakannya, pegang daun jadi duit

Mereka itu siapa yang menghinanya akan terhina

Kalau tidak jangka pendiknya akan berlaku jangka panjang

Begitulah sedikit ilmu atau pengetahuan tentang sohibuz zaman

Moga-moga kita faham erti sohibuz zaman dan bagaimana sifat-sifatnya

 

14.2.2000

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer