warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Soal Maknawi Sukar Dirasa







Soal Maknawi Sukar Dirasa




Soal Maknawi Sukar Dirasa

 

Rupanya kalau barang-barang murah atau mata benda yang murah

Sama ada tidak dimiliki atau ada dimiliki, semua manusia terasa

Atau setiap orang yang empunya atau tidak berpunya itu sedar

Orang yang kaya dengan harta dia sedar yang dia kaya

Orang yang miskin juga dia sedar yang dia tidak empunya

Orang yang berumah besar dan cantik dia sedar memiliki itu semua

Juga orang yang rumah kecil dan buruk dia juga sedar yang demikian itu

Begitulah seterusnya orang yang bermuka cantik dia sedar yang dia cantik

Orang yang muka buruk juga sedar yang dia bermuka buruk

Tapi malang sekali, orang yang tidak dapat hidayah, dia tidak sedar tidak dapat petunjuk-Nya

Orang yang tidak miliki iman tidak terasa tidak punya iman

Juga orang yang tidak terasa tidak bertuhan, ia tidak terasa dia tidak merasa bertuhan

Begitu juga orang yang hatinya penuh mazmumah seperti sombong, riyak, ujub

Dia tidak terasa ia miliki itu semua

Rupanya di dalam hidup ini benda yang zahir mudah dikesan

Perkara-perkara yang maknawi dan rohani payah diketahui

Kerana itulah lumrah manusia di dunia ini sibuk dengan soal-soal lahiriah

Sama ada yang positif mahupun yang negatif

Perkara-perkara maknawi dan rohani manusia tidak mempedulikan

Kerana itulah persoalan iman, hidayah dan taqwa kurang dipersoalkan

Persoalan mazmumah jarang diambil perhatian

Orang hanya sibuk-sibuk dengan persoalan luaran

Soal-soal di dalam terabai dan dicuaikan

Kerana itulah penyakit masyarakat susah hendak ditumpaskan

 

Lepas Jumaat

1.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer